CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10102|Reply: 0

[Tempatan] Tiga indon ditahan kes wanita, bayi mati berpelukan tepi jalan

[Copy link]
Post time 9-1-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Tiga ditahan kes wanita, bayi mati berpelukan tepi jalan

https://www.kosmo.com.my/2025/01 ... pelukan-tepi-jalan/

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
9 Januari 2025, 7:50 pm


MAYAT wanita dan seorang bayi masih bertali pusat ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kelapa Sawit, Kulai kelmarin.

KULAI – Dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan kes seorang wanita Indonesia dan bayinya ditemui mati di Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kelapa Sawit, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kesemua suspek berusia 42 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai semalam.

“Ketiga-tiga suspek tersebut ditahan di kawasan Kulai dan Johor Bahru dalam serbuan yang dilakukan antara pukul 2.30 hingga 4.30 petang semalam. Turut dirampas empat telefon bimbit, sebuah kereta Proton, satu tilam dan satu tikar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi meneruskan siasatan bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.389125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list