CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10174|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan tak kawal selia tambang bas sekolah - Anthony Loke

[Copy link]
Post time 10-1-2025 03:04 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) tidak terbabit dalam mengawal selia sebarang perubahan membabitkan kadar tambang bas sekolah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sebaliknya perubahan sama ada naik atau turun kadar tambang perkhidmatan itu adalah melalui persetujuan antara ibu bapa dan pengusaha bas berkenaan.

"Tambang bas itu bukan di bawah kita. Tidak ada kawalan (daripada pihak MoT). Tambang bas itu sudah tidak lagi dikawal selia.

"(Sebarang perubahan harga ) Itu antara pihak ibu bapa dengan pengusaha bas sekolah. Itu saja," katanya kepada media selepas sidang media pengumuman perubahan jadual waktu Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter laluan Pelabuhan Klang - KL Sentral dan Pelabuhan Klang, di KL Sentral hari ini.

Sebelum ini media melaporkan tambang bas sekolah bakal dinaikkan dalam lingkungan antara RM5 ke RM10 bermula bulan depan.

Perkembangan itu dimaklumkan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM).

Menurut Presiden GPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof, pengusaha bas sudah menyatakan hasrat menaikkan tambang, namun keputusan akan dibuat berdasarkan persetujuan antara mereka dan ibu bapa.

Mohd Rofik berkata ibu bapa masih boleh membuat perbincangan dan mengesahkan kenaikan dengan pengusaha masing-masing kerana tiada sebarang paksaan akan dibuat untuk menerima harga baharu itu.

Bagi Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata kadar tambang bas dipengaruhi pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,500 pada Julai tahun lalu dan harga alat ganti import yang lebih mahal kerana penyusutan nilai ringgit

Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.139537 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list