CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41800|Reply: 0

[Kedah] Kebakaran 10 rumah di Baling ada unsur khianat

[Copy link]
Post time 12-1-2025 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-1-2025 01:47 PM

Kebakaran 10 rumah di Baling ada unsur khianat

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.




Baling: Polis mengesahkan kebakaran yang membabitkan 10 rumah di daerah ini pada 24 Disember lalu disyaki mempunyai unsur khianat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pada awalnya siasatan mendapati, ia hanya kebakaran biasa.

Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapati, ia mempunyai unsur khianat.

"Kebakaran itu pada mulanya membabitkan motosikal bermula jam 3.30 pagi sebelum merebak ke rumah penduduk.


"Hasil siasatan yang dilakukan, polis melakukan pemeriksaan terhadap 13 individu di sekitar kawasan tempat kebakaran itu.

"Daripada jumlah itu, lapan daripada ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Seorang daripada suspek yang ditahan disyaki terbabit dalam kes pecah tabung masjid di Kuala Ketil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata, hasil siasatan bersama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling mendapati, lima daripadanya disyaki terbabit dengan dadah.

Beliau berkata, dua lagi lelaki ditahan kerana disyaki tokan dan memiliki dadah.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun yang juga penduduk tempatan.

"Siasatan masih dilakukan setakat ini dan kita berjaya menyelesaikan kes pecah tabung masjid di Kuala Ketil," katanya.

Azmi berkata, lima individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua lagi lelaki disiasat mengikut Seksyen 39 A ADB 1952 dan Seksyen 39B ADB 1952.

Beliau berkata, polis turut membuka kertas siasatan membabitkan khianat susulan kebakaran yang berlaku itu.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kupang, di sini, runsing memikirkan misteri kebakaran yang didakwa berlaku secara berturut-turut di enam lokasi sejak hujung bulan lalu.

Kebanyakan kebakaran membabitkan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa selain terdapat juga kejadian merebak sehingga menyebabkan kereta dan rumah turut terbakar.



Disiarkan pada: Januari 12, 2025 @ 1:20pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1175696/kebakaran-10-rumah-di-baling-ada-unsur-khianat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.598012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list