CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7372|Reply: 0

[Tempatan] Cuba bayangkan kepala lori treler ni tercabut dekat highway apa akan jadi ya ?

[Copy link]
Post time 13-1-2025 01:06 PM | Show all posts |Read mode



Cuba bayangkan kepala dia tercabut dekat highway apa akan jadi ya ? Kalau mcm ni salahkan pilot darat atau company problem. Nasib baik jalan kampung



PETALING JAYA – Kepala sebuah treler tiba-tiba terpisah dari kontena yang dibawanya, menyebabkan bahagian belakang kenderaan berat itu tertinggal di tengah jalan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook, menunjukkan treler itu bergerak dengan lancar sebelum kontena tersebut terpisah dari kepala treler.

Kejadian tersebut menyebabkan sebuah motosikal yang berada di belakang treler terpaksa brek secara mengejut untuk mengelak daripada melanggar kontena itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai pendapat mengenai kejadian tersebut.

“Pemandu mungkin tidak bersalah, tetapi kesilapan mungkin terletak pada individu yang mengendalikan kontena itu kerana kemungkinan klip sambungan tidak diperiksa dengan betul,” ujar Samiah Mia.

“Ini jelas masalah teknikal. Tidak mungkin ada sesiapa yang sengaja mahu menjatuhkan barangan yang dibawa, apatah lagi dengan bebanan seberat itu,” komen Jul Aripin.

“Kejadian seperti ini pernah berlaku. Mungkin kunci sambungan tidak cukup kuat atau tidak diperiksa dengan teliti. Lalu jalan yang tidak rata boleh menyebabkan ia tercabut. Kalau diperiksa dengan rapi dari awal, insiden sebegini dapat dielakkan,” tambah Hasbulla Mogemov. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.042470 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list