CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32618|Reply: 0

[Kedah] Mangsa hilang diselamatkan nelayan Aceh Tamiang

[Copy link]
Post time 13-1-2025 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa hilang diselamatkan nelayan Aceh Tamiang

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
13 Januari 2025 06:49pm




Ketiga-tiga mangsa disahkan selamat setelah mangsa menghubungi keluarga mereka pada tengah hari Isnin. Foto Maritim Malaysia




ALOR SETAR - Tiga nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang di laut setelah keluar merawai di perairan Pulau Payar pada Khamis lalu telah diselamatkan oleh nelayan Aceh Tamiang.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, ketiga-tiga mangsa disahkan selamat setelah mangsa menghubungi keluarga mereka pada tengah hari Isnin.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC Langkawi) menerima maklumat daripada adik mangsa memaklumkan mangsa telah menghubungi ibu mereka dan memberitahu bahawa mereka selamat.

"Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia yang dihubungi pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah memberi pengesahan bahawa ketiga-tiga mangsa telah diselamatkan oleh nelayan Aceh Tamiang dan berada dalam keadaan yang baik.


"Maritim Malaysia menerusi MRSC Langkawi akan mengadakan rundingan bersama Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia bagi urusan membawa pulang ketiga-tiga mangsa berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Romli berkata, selepas penemuan ketiga-tiga mangsa berkenaan, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) telah ditamatkan pada jam 3.50 petang.


Menurutnya, Maritim Malaysia mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua agensi sahabat terlibat sepanjang operasi Carilamat ini.

Sebelum ini, media melaporkan tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan rawai sejak petang Jumaat di sekitar kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar.


https://www.sinarharian.com.my/article/706960/edisi/utara/mangsa-hilang-diselamatkan-nelayan-aceh-tamiang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.190418 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list