CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14379|Reply: 0

Trump mungkin beri TikTok penangguhan 3 bulan

[Copy link]
Post time 19-1-2025 09:12 AM | Show all posts |Read mode

Trump berkata dia 'kemungkinan besar' akan menangguhkan larangan TikTok buat sementara waktu, tetapi belum membuat keputusan muktamad - Foto AGENSI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump, pada Sabtu memaklumkan 'berkemungkinan besar' akan memberikan TikTok penangguhan selama 90 hari daripada kemungkinan larangan selepas beliau memegang jawatan pada Isnin.

Ketika ini kira-kira 170 juta pengguna aplikasi di Amerika sedang berdebar-debar menanti penutupan yang dijadualkan Ahad (waktu tempatan).

"Kemungkinan besar tempoh penangguhan 90 hari akan dibuat, kerana ia adalah wajar.

"Sekiranya saya memutuskan untuk melakukannya, saya mungkin akan mengumumkannya pada Isnin," katanya kepada NBC.

Jumaat lalu, Aplikasi yang dimiliki China menarik penggunaan hampir separuh daripada seluruh rakyat Amerika, memberi kuasa kepada perniagaan kecil dan membentuk budaya dalam talian, berkata perkhidmatannya akan dihentikan di AS pada Ahad kecuali pentadbiran Presiden Joe Biden memberikan jaminan kepada syarikat-syarikat seperti Apple dan Google tidak akan menghadapi tindakan penguatkuasaan apabila larangan itu berkuat kuasa.

Di bawah undang-undang yang diluluskan tahun lalu dan disahkan pada Jumaat oleh Mahkamah Agung sebulat suara, platform itu mempunyai masa hingga Ahad untuk memutuskan hubungan dengan syarikat induk berpusat di China, ByteDance atau menutup operasi di AS bagi menyelesaikan kebimbangan mengenai ancaman terhadap keselamatan negara.

Rumah Putih menolak kenyataan TikTok pada Jumaat sebagai satu aksi publisiti, dan mengulangi sehari kemudian bahawa ia tanggungjawab pentadbiran Trump yang akan datang untuk mengambil tindakan, yang meningkatkan kemungkinan penutupan pada Ahad.

"Kami tidak melihat sebab mengapa TikTok atau syarikat lain perlu mengambil tindakan dalam beberapa hari ini sebelum Trump memulakan pentadbiran pada Isnin," kata setiausaha akhbar, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.

Tidak jelas sama ada TikTok sudah memenuhi syarat undang-undang ketat mendapatkan penangguhan 90 hari daripada Trump, yang memerlukan perjanjian mengikat untuk membolehkan ByteDance menyelesaikan penjualan TikTok menjelang pertengahan April.

Sehingga kini, TikTok tidak memberikan sebarang maklum balas atau ulasan kenyataan terbaharu daripada Rumah Putih.

Jumaat lalu, Kedutaan China di Washington mendakwa AS menggunakan kuasa negara yang tidak adil untuk menindas TikTok.

"China akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mempertahankan hak dan kepentingan," kata jurucakap kedutaan itu.

Pengguna aplikasi itu mula mengucapkan selamat tinggal, dengan sesetengah daripada mereka merakam diri mereka yang kelam-kabut menggulung skrin atau berkongsi rahsia terakhir dengan pengikut mereka sebelum larangan berkuat kuasa.

Jumaat lalu, Mahkamah Agung sebulat suara mengekalkan larangan itu dengan menyatakan undang-undang berkenaan wajar dilaksanakan atas faktor keselamatan negara.

Tanpa keputusan rasmi daripada Biden untuk melaksanakan penangguhan 90 hari menjelang tarikh akhir, syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada TikTok atau menjadi hos aplikasi itu mungkin menghadapi liabiliti kewangan yang besar.

Sementara itu, kalangan pakar berkata, Trump juga boleh mengarahkan Jabatan Kehakimannya untuk 'mengurangkan keutamaan' atau tidak menguatkuasakan undang-undang tetapi tidak jelas sama ada ia akan memberikan perlindungan undang-undang yang mencukupi kepada pemilik aplikasi Apple dan Google serta syarikat seperti Oracle yang menyediakan hos data penting dan perkhidmatan lain untuk TikTok.

Pada 2020, Trump cuba memaksa pelepasan TikTok dan berikrar untuk mengharamkannya tetapi disekat oleh mahkamah AS.

Ketidakpastian masa depan aplikasi itu menyebabkan pengguna dengan kebanyakannya golongan muda berebut-rebut kepada alternatif termasuk RedNote yang berpangkalan di China.

Saingan Meta dan Snap juga menyaksikan saham mereka meningkat bulan ini menjelang larangan itu, kerana pelabur bertaruh pada kemasukan pengguna dan dolar iklan.

Firma pemasaran yang bergantung pada TikTok minggu ini tergesa-gesa menyediakan pelan kontingensi lain.

Terdapat tanda-tanda TikTok boleh membuat kemunculan semula di bawah Trump, yang berkata beliau mahu meneruskan 'resolusi politik' isu itu dan bulan lalu menggesa Mahkamah Agung menghentikan pelaksanaan larangan itu.

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dikatakan akan menghadiri majlis mengangkat sumpah presiden AS dan menghadiri perhimpunan bersama Trump pada Ahad.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.329726 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list