CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14444|Reply: 0

70 terbunuh akibat letupan trak tangki minyak di Nigeria

[Copy link]
Post time 19-1-2025 09:14 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan ramai lagi cedera di utara Nigeria semalam selepas sebuah trak tangki petrol terbalik dan meletup, kata agensi kecemasan negara.

Insiden di negeri Niger itu kedua selepas insiden di negeri Jigawa pada Oktober lalu yang mengorbankan 147 orang, sekali gus menjadi salah satu tragedi terburuk seumpamanya di Nigeria.

"Sehingga laporan ini dikeluarkan, lebih 70 mayat ditemui, 56 individu cedera dan lebih 15 kedai musnah.

"Mereka yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala usaha mengeluarkan mangsa meninggal dunia sedang diteruskan," kata Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang saksi Reuters berkata, penduduk dan petugas keselamatan menggali kubur bagi menyemadikan mangsa malam tadi mengikut upacara Islam.

Niger adalah negeri dihuni majoritinya Muslim di negara paling ramai penduduk di Afrika.

Terdahulu, Kumar Tsukwam, komander sektor Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan bagi negeri Niger, berkata kebanyakan mangsa adalah penduduk miskin tempatan yang berpusu-pusu mengumpul tumpahan petrol selepas trak tangki terbalik.

"Sebahagian besar mereka berkumpul untuk mengumpul petrol walaupun kita berusaha menghentikan tindakan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Tsukwam berkata, bomba berjaya memadamkan kebakaran. Kemalangan seumpama itu menjadi perkara biasa di negeri pengeluar minyak terbesar Afrika itu, membunuh berpuluh-puluh mangsa di negara itu yang bergelut dengan krisis kos sara hidup yang paling teruk.

Harga petrol di Nigeria melonjak lebih daripada 400 peratus sejak Presiden Bola Tinubu membatalkan subsidi selama beberapa dekad apabila beliau mula memegang jawatan pada Mei 2023.

Jurucakap kepada gabenor Niger, Bologi Ibrahim, berkata penduduk harus mengutamakan keselamatan apabila lori tangki petrol terbabit kemalangan. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080935 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list