View: 9123|Reply: 11
|
[Jenayah]
Pelanggan tampar petugas Puspakom sebab gagal ujian brek
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak menampar petugas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) gara-gara kenderaan perdagangannya gagal dalam ujian brek ketika pemeriksaan berkala.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahmood Razak Bahman berkata, punca kejadian itu didapati hasil daripada siasatan dalaman yang dilaksanakan oleh pihaknya.
“Kegagalan itu mendorong suspek bersemuka dengan pemeriksa kenderaan Puspakom yang terlibat lalu menyerang petugas tersebut secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut, Mahmood berkata, kegagalan dalam ujian pemeriksaan berkala adalah petunjuk bahawa kenderaan tersebut tidak selamat digunakan di atas jalan raya.
“Sepatutnya pelanggan menerima keputusan pemeriksaan dan segera membaiki kenderaan demi keselamatan mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, bukannya bertindak agresif menyerang kakitangan kami,” ujarnya.
Justeru, beliau menegaskan, sebarang bentuk keganasan kepada kakitangan Puspakom akibat kegagalan dalam pemeriksaan tidak boleh diterima sama sekali.
“Keselamatan di tempat kerja bagi kakitangan adalah keutamaan kami dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar ini tanpa pengecualian.
“Puspakom tidak akan bertoleransi atas kelakuan sebegini dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan pelaku menerima akibat yang setimpal,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mahmood turut memberi pujian kepada kakitangan tersebut yang menunjukkan sikap profesional dengan tidak membalas serangan.
“Saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada sifat sabar yang ditunjukkan oleh kakitangan tersebut. Ini adalah selaras dengan nilai-nilai Puspakom yang mengutamakan pelanggan,” tambahnya.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki mengasari petugas Puspokom dengan bertindak menamparnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video tersebut kira-kira pukul 3 petang menerusi satu pautan di aplikasi X.
Sumber : Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tamparan tu mesti ada sebab tersembunyi ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ke drama je? Konon nak bersihkan nama puspakom.
- dari sisi gelap hati hitamku. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 19-1-2025 05:06 PM
Oku jugak ke
Saya caya oku. Tunggu dan lihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada isu tersembunyi ke? Selama ni elok lulus je tiba2 kali ni gagal pulak ek |
|
|
|
|
|
|
|
Nsib lh ko trkna org yg pnyabar, klau trkna yg pns drah, mmg dh lma mkn sbiji pnumbuk |
|
|
|
|
|
|
|
kat UK pun adaa centre mcm puspakom ni...sama je hampeh nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu MOT namanyer nyah...bezanya inspection MOT ini boleh buat kat mana2 bengkel yg diiktiraf....kalau kat Malaysia kita nampak PUSPAKOM jer setakat ni .....
|
|
|
|
|
|
|
|
kihkih.. runner ketuwwww.. aku buat sndr tak guna runner sbb tukar enjin besar dpd cc asal.. elok je.. dia ckp mslh brake ye mmg betul master brake pump aku problem.. kali kedua pegi mmg SAKA puspakom kot, signal aku tibe2 tak nyala.. kali ketiga aku bawa kabel (parents aku) aku mnta dorang doakan lulus.. Alhamdulillah lulus.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan ikat babe seluar pendek tu dan lenyek guna lori buruk dia yang brek rosak tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Cina ke?...sb tgk drama cina lalu kat tik tok asyik menampar je kejanya..mcm satu budaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|