View: 16093|Reply: 8
|
Isteri terseksa diliwat semasa berpantang- dahlah gaji kecil, suka belasah bini
[Copy link]
|
|
Hidup berumah tangga banyak dugaannya, tidak seindah yang disangka.
Seperti wanita ini, dia boleh dianggap malang kerana bersuamikan lelaki kaki pukul dan tidak berperikemanusiaan.
Tanpa mendedahkan usia perkahwinannya, ibu kepada dua cahaya mata itu mendakwa dirinya sering dipukul suami sehingga menderita mental dan fizikal.
"Jumaat hari tu paling teruk aku kena pukul. Suami aku sepak muka sepenuh hati sampai bengkak telinga.
"Dia hentak kepala aku kat dinding, dia tumbuk paha aku sampai sekarang masih sakit. Anak tersentuh paha tu pun keluar air mata sebab memang sakit," luahnya menerusi hantaran di laman X.
Wanita itu memaklumkan bahawa kecederaan yang dialaminya itu membuatkan dia sukar berjalan dengan baik terutamanya ketika mendukung anak.
Selain dipukul, suri rumah itu turut mendakwa didera secara batin sejak bersalin anak sulung sambil menambah kejadian berulang selepas menimang cahaya mata kedua.
"Dua kali bersalin, dua kali kena liwat di belakang masa dalam pantang sebab bahagian depan masih nifas.
"Aku cakap tak nak, dia tetap buat. Aku selalu turutkan apa yang dia nak," ujarnya yang bimbang diugut suami dengan kekerasan.
Menurut wanita itu, selain seorang yang ganas suaminya juga bergaji kecil tetapi dia masih mempertahankan rumah tangganya.
"Dia miskin pun aku masih setia. Sebab aku memang terkurung saja dalam rumah. Aku tak ada kereta, tak lari pergi ke mana-mana," katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan pendedahan mangsa keganasan rumah tangga itu dan menyarankan dia segera membuat laporan polis.
Selain itu, mereka turut menasihatinya supaya menghubungi talian masyarakat seperti Talian Kasih berhubung kes penderaan yang dialaminya.
"Badan tengah berbekas ni (kesan dera), telefon polis. Nak keluar rumah tak ada kereta kan, telefon polis. Tolonglah keluar dari rumah, dari perkahwinan tu.
"Telefon Talian Kasih. Nanti mereka akan bantu. Suri rumah tak ada pendapatan, nanti mereka uruskan. Mereka akan sambungkan dengan agensi-agensi terlibat. Semoga Allah memberi kekuatan dalam perlindungan buat puan.
"Pergilah selamatkan diri dan anak. Kalau awak pun dia pukul, tak lama lagi anak pun kena pukul. Kalau adik-beradik tak ada, minta tolong jiran report," demikian antara komen warga maya.
Sebagai peringatan, perbuatan dera dan keganasan adalah salah di sisi undang-undang serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pak ustaz FB mesti marah buka aib suami, ahli neraka kata mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kahwin ni nak seronok-seronok bersama
kalau kejenye kena pukul, bergaduh 24 jam, apatah lagi kena dera dan disiksa,
sakit hati, makan hati.. apa gunanya
tambah lagi yang ada anak. emosi dan mental mereka juga jadi mangsa keadaan
sudahlah. cerai je lah. sejujurnya dan sebaiknya, keluar je lah. bagitau pihak yang berwajib sebab-sebabnya |
|
|
|
|
|
|
|
moga dia ada kekuatan utk bercerai dan cari kerja sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Tpi bila bca kat artikel, nmpknya dia ni msih nak mmprtahankn hubungan dorg wlaupn sllu d tibai sbb mmg ada prmpuan jnis bodoh cmni. Dorg dh sllu d pukul smpai stengah mti tpi still nak dgn laki yg abusive tu sbb bgi dorg laki dorg tu akn brubah nnti pdahal x
|
|
|
|
|
|
|
|
Sllunya jnis cmni xkn brcerai pun sbb dorg ni msih sygkn laki & prcya yg laki dorg tu akn brubah pdahal x, dorg hidup dlm fantasy trsndri. Luka ke cedera ke lebam ke xpe lh, aku sabar je sbb brsabar ni bnyk phala, bgi dorg
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Bruneiku terchenta ni pula iol prnh bca sorg ni curhat yg laki sheol dh pcah rhsia, rupa2 nya simpan pompuan blakang sheol tpi sheol x nak cerai & rela, ktanya laki sheol mnusia biasa yg ada cacat cela & sheol yakin yg laki sheol akn brubah nnti. Keep on dreaming baby, seksalh diri tu smpai mmpus
|
|
|
|
|
|
|
|
stock holmes syndrome.....
rela jadi enabler to partner npd dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apa yg membuatkan pompuan ni tetap nk stay ngan laki setan dia??? Kena dera mental n fizikal, kena pukul, siap diliwat lagi ko nk tunggu hilang nyawa baru nk sedar ke??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|