Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berjalan di sepanjang jalan di kawasan Saftawi di Jabalia, ketika mereka meninggalkan kawasan berhampiran Bandar Gaza tempat mereka berlindung, menuju ke bahagian utara Semenanjung Gaza, sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dalam perang antara Israel dan kumpulan militan Palestin Hamas dijangka dilaksanakan. FOTO AFP
Baitulmaqdis: Pengantara telah memberitahu Israel bahawa mereka telah menerima nama tahanan yang akan dibebaskan pada Ahad sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza tetapi senarai itu belum lagi berada di tangan Israel, sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu Reuters.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, gencatan senjata yang sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi waktu Gaza tidak akan bermula sehingga Israel menerima nama tahanan yang akan dibebaskan.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan, jurucakap sayap bersenjata Hamas Briged Qassam, Abu Obeida dalam catatan di Telegram berkata, pihaknya telah menyerahkan tiga nama tahanan yang akan dibebaskan.
"Langkah itu berpotensi membuka jalan untuk gencatan senjata bermula selepas kelewatan selama berjam-jam.
"Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan, kami memutuskan untuk membebaskan Romi Gonen, 24, Emily Damari, 28, dan Doron Shtanbar Khair, 31," katanya.
|