CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30059|Reply: 0

Buku autobiografi bekas Canselor Jerman catat sambutan 'sensasi'

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:21 PM | Show all posts |Read mode

BUKU autobiografi Angela Merkel bertajuk Freedom: Memoirs 1954-2021. FOTO AFP

Frankfurt: Buku memoir bekas Canselor Jerman Angela Merkel mencatatkan sambutan "sensasi," menurut penerbitnya pada Sabtu, dua bulan selepas pelancaran buku itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Kami masih menjual sekitar 12,000 naskhah seminggu, satu pencapaian yang sensasi," kata penerbit Kerstin Gleba daripada Kiepenheuer & Witsch kepada akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung.

Dalam autobiografi bertajuk Freedom: Memoirs 1954-2021, Canselor wanita pertama Jerman itu berkongsi kisah hidup dan pengalamannya sepanjang 16 tahun memegang jawatan berkenaan dalam 736 halaman.

Edisi kulit keras yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain dijual pada harga €42.

"Ia amat penting bagi kami dan penulis untuk menarik minat golongan muda," kata Gleba sambil menambah bahawa temu bual bersama pelawak dan penyampai televisyen Hazel Brugger yang disiarkan di YouTube mencatat 1.5 juta tontonan dan banyak dikongsi di media sosial.


Saya rasa buku ini turut menawarkan sesuatu kepada mereka yang kurang mengenali dunia politik, memandangkan kisah hidup Angela Merkel yang unik," katanya.

Menjelang Krismas, beliau berkata sebanyak 600,000 naskhah telah terjual di Jerman, manakala 40,000 naskhah di Britain dalam beberapa minggu pertama dan 25,000 di Amerika Syarikat.

Menurut Gleba, buku yang ditulis bersama penasihat politik lama Merkel, Beate Baumann, turut menduduki senarai terlaris di Belanda dan menjadi antara buku paling laris di Itali dan negara-negara Scandinavia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.048976 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list