CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8088|Reply: 0

Puluhan trak bantuan siap sedia masuk Gaza

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:46 AM | Show all posts |Read mode

TRAK membawa bantuan kemanusiaan menunggu di sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza susulan gencatan senjata. FOTO Reuters.

Bandaraya Gaza (Palestin): Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata, kata seorang pegawai Palestin.

"Puluhan trak bantuan telah tiba dari sebelah Mesir ke lintasan Karam Abu Salem (Kerem Shalom)," kata pegawai itu kepada Agensi Anadolu (AA).

"Trak-trak ini bersedia untuk memasuki Gaza sebaik gencatan senjata bermula," tambahnya tanpa memberikan butiran bila trak bantuan itu akan dibenarkan memasuki wilayah itu.

Saluran berita Mesir, Al-Qahera News yang bersekutu dengan kerajaan melaporkan bahawa 95 trak bantuan telah memasuki lintasan sempadan itu, manakala trak lain sedang menunggu di lintasan Rafah untuk dibenarkan masuk ke Gaza.

Sementara itu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) berkata pihaknya mempunyai 4,000 trak bantuan yang bersedia memasuki Gaza.

Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa serangan terhadap konvoi bantuan di Semenanjung Gaza "mungkin berkurangan apabila bantuan kemanusiaan mula tiba susulan gencatan senjata."

Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) pada Ahad selepas beberapa jam tertangguh susulan dakwaan Israel terhadap Hamas yang dikatakan melambatkan penghantaran senarai tawanan yang akan dibebaskan.

Gencatan senjata itu pada awalnya dijadual bermula pada 8.30 pagi waktu tempatan (0630GMT).

Hampir 47,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 110,700 yang lain cedera dalam konflik sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list