CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8016|Reply: 0

Anggota keselamatan Gaza diatur gerak ke seluruh wilayah untuk kekal ketenteraman

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:48 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK berjalan melintasi runtuhan bangunan untuk cuba kembali ke rumah masing-masing. FOTO Reuters.

Bandaraya Gaza: Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah itu pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata dengan Israel berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Pejabat media Kerajaan Gaza memaklumkan bahawa letak atur ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengekalkan keselamatan dan ketenteraman di seluruh kawasan itu.

"Majlis perbandaran mula membuka semula dan membaik pulih jalan sejurus selepas gencatan senjata bermula," menurut kenyataan itu.

Pejabat media itu turut menyatakan bahawa kementerian dan institusi kerajaan "bersedia sepenuhnya untuk memulakan tugas di bawah pelan kerajaan bagi memastikan kehidupan kembali normal secepat mungkin."

Penduduk diminta untuk "berhati-hati ketika bergerak antara kawasan" di Gaza.

"Kepulangan semula penduduk yang dipindahkan akan bermula tujuh hari selepas gencatan senjata dikuatkuasakan," katanya.

Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 11.15 pagi (0915GMT) Ahad selepas beberapa jam kelewatan akibat dakwaan Israel bahawa Hamas melambatkan penyerahan senarai tawanan yang akan dibebaskan.

Gencatan senjata itu pada asalnya dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi (0630GMT).

Hamas berkata pihaknya telah menyerahkan senarai tiga tawanan wanita Israel yang dijangka dibebaskan pada Ahad.

Hampir 47,000 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 110,700 lagi cedera dalam serangan genosid Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.308450 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list