CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7803|Reply: 0

Gencatan senjata: Pasukan keselamatan Gaza diletak atur ke seluruh wilayah

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:07 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sejak perang meletus pada 2023, memulakan perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas gencatan senjata berkuat kuasa, hari ini. - FOTO REUTERS

BANDARAYA GAZA: Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah berkenaan selepas perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel berkuat kuasa, hari ini, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan, letak atur itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengekalkan keselamatan serta ketenteraman di seluruh kawasan terbabit.

"Majlis perbandaran mula membuka semula dan membaik pulih jalan sejurus selepas gencatan senjata bermula," menurut kenyataan itu.

Menurut Pejabat Media itu lagi, kementerian dan institusi kerajaan 'bersedia sepenuhnya untuk memulakan tugas bawah pelan kerajaan bagi memastikan kehidupan kembali normal secepat mungkin.'

Selain itu, penduduk diminta untuk 'berhati-hati ketika bergerak antara kawasan' di Gaza.



"Kepulangan semula penduduk yang dipindahkan, akan bermula tujuh hari selepas gencatan senjata dikuatkuasakan," katanya.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada jam 11.15 pagi tadi waktu tempatan selepas beberapa jam lewat susulan dakwaan Israel bahawa Hamas melambatkan penyerahan senarai tebusan yang akan dibebaskan.

Gencatan senjata itu asalnya dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi tadi waktu tempatan.

Hamas berkata, pihaknya telah menyerahkan senarai tiga tebusan wanita Israel yang dijangka dibebaskan, hari ini.

Hampir 47,000 orang sudah terbunuh yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 110,700 lagi cedera dalam serangan genosid dilancarkan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055971 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list