CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8169|Reply: 0

Lelaki bunuh isteri orang selepas cinta ditolak

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:24 AM | Show all posts |Read mode

Suspek dikenali sebagai Sendi berjaya ditahan. Foto Agensi

JAKARTA - Seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila membunuh wanita yang sudah berkahwin gara-gara cintanya ditolak.

Kejadian berlaku di Kecamatan Way Serdang, Mesuji pada Sabtu lalu, ketika mangsa Krisnawati, 25, sedang memasak air di belakang rumahnya.

Suspek dikenali sebagai Sendi, 30, yang juga jiran mangsa membunuh suspek dengan menggunakan cangkul.

Mengesahkan kejadian berkenaan Ketua Polis Mesuji AKBP, Muhammad Harris berkata, meskipun suspek dan motif pembunuhan sudah terungkap, polis masih menjalankan siasatan lanjut.

"Suspek dipercayai melihat mangsa sedang memasak air di kawasan terbuka di belakang rumah, dia kemudiannya menghampiri mangsa dan menyatakan menyukai wanita yang berstatus isteri orang itu.

"Terkejut dengan luahan itu, mangsa kemudiannya menghalau suspek, tindakan itu menimbulkan rasa sakit hati suspek yang akhirnya telah mengambil cangkul lalu memukul kepala mangsa sebanyak dua kali sehingga terjatuh," katanya kepada wartawan baru-baru ini.

Jelasnya, mangsa berjaya bangun bagaimanapun suspek akhirnya berjaya membunuh mangsa sebelum melarikan diri.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan di rumahnya dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050715 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list