CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9653|Reply: 0

Sorakan sambut pembebasan 90 banduan Palestin

[Copy link]
Post time 20-1-2025 03:59 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA banduan Palestin yang dibebaskan daripada tahanan Israel, tiba di Ramallah, Tebing Barat. FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Ratusan individu bersorak dan membunyikan hon kereta ketika dua bas yang membawa tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel, tiba di bandar Beitunia di Tebing Barat yang diduduki, pada awal pagi Isnin, lapor wartawan AFP.

Bas itu membawa sebahagian daripada 90 banduan yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza yang bermula Ahad. Perjanjian turut menyaksikan tiga tebusan Israel dibebaskan oleh Hamas.

Kelihatan orang ramai naik ke atas bas utama dan mengibarkan bendera Hamas, lapor wartawan.

Mereka disertai oleh yang lain mengibarkan bendera Fatah, Jihad Islam dan beberapa kumpulan Palestin lain, serta bendera kebangsaan Palestin.

Di dalam bas, segelintir banduan wanita yang dibebaskan boleh dilihat tersenyum dan menunjukkan isyarat kemenangan, sambil diperhatikan oleh seorang kakitangan Palang Merah.
Terdahulu, Perkhidmatan Penjara Israel mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya menyelesaikan pembebasan pertama banduan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.


"Semua pejuang dibebaskan dari penjara Ofer dan pusat tahanan Baitulmaqdis," kata perkhidmatan itu, merujuk kepada tahanan Palestin, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum 1.30 pagi waktu tempatan.

Pembebasan tahanan itu, yang pertama dalam perang itu, sejak November 2023.

Ia susulan pembebasan tiga wanita tebusan oleh Hamas di Gaza, pada Ahad.

Israel dijangka membebaskan 737 tahanan dalam fasa pertama perjanjian itu, sebagai pertukaran untuk 33 tebusan Israel.

Lebih 230 daripada tahanan Palestin dijangka dibuang negeri serta-merta selepas dibebaskan.


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.552090 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list