CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14812|Reply: 17

[Jenayah] Pura-Pura Scan QR, Guna Apps Lain Untuk Palsukan Resit!

[Copy link]
Post time 21-1-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan kehadiran sebuah aplikasi yang boleh memperdaya penjual di mana seolah-olah sudah membuat pembayaran.

Dengan aplikasi ini, seseorang boleh menjana resit palsu yang lalu boleh digunakan dalam penipuan pembayaran terhadap sesebuah kedai atau peniaga.

Suspek hanya perlu memasukkan nama akaun dan jumlah bayaran kemudian paparan resit ‘jadian’ bakal dipaparkan serta-merta.

Akibatnya, peniaga yang tidak cakna atau menyedari muslihat ini bakal berdepan kerugian wang yang besar.

Pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok berkenaan kehadiran TikTok ini langsung mengundang kemarahan orang ramai. Hal ini kerana netizen turut mengelar ia sebagai menyalah guna kebijaksanaan untuk berbuat jenayah.

Sementara itu, netizen turut berpesan kepada orang ramai agar tidak sesekali mencuba guna resit palsu ini kerana jika tertangkap bakal merana hidup selepas ini.

Dalam pada itu, ramai juga meminta peniaga agar berwaspada dengan menyemak sebarang transaksi yang dibuat atau lebih selamat lagi dengan menggunakan kotak suara yang disediakan oleh bank.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2025 11:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 09:17 AM | Show all posts
guna mesin yg auto detect tu
ape ke namanya tah
tak yah tgk kt fon org dh

kt shopee lazada ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau guna qr mmg iols tunggu dulu...
Sebab kekadang masuk lambat..
Lagi takut kalau tak masuk...kesian peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:25 PM | Show all posts
Ada setengah kedai aku jumpa yg guna QR atau online payment ni dia akan ada bunyi pymt masuk tak pun cash register terbukak. Setakat cashier just tengok resit, mmg kena klepet laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya....'teknologi' itu..memudahkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2025 02:24 PM | Show all posts
Apa kelemahan QR yg boleh disalah guna...
Sy perhati byk kali selepas org scan qr code samada di pasar tani ke atau mall etc.. owner  tak berapa kisah nak tengok betul-betul walaupun pelanggan tunjuk sbb penting tengok betul-betul duit tu masuk tak dlm akaun anda...
Jgn bila dah x masuk baru viral kan marah customer tak bayar..
Sedangkan nampak remeh tunjuk skrin dgn pandangan acuh tak acuh tu tapi penting tengok betul2 supaya sbg peniaga anda tidak dimanipulasi dan ditipu buta gitu je...

Sebab tu cash tetap relevan sbg cara utama pembayaran kerana sudah tentu penjual terima notes bayaran itu terus pd tangan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 cara nak menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk kedai yg dah guna yg ada suara tu, dia ckp brapa amount yg masuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 ni kalau bodoh sangat baik jangan kerja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:38 AM | Show all posts
tungkai replied at 21-1-2025 01:25 PM
Ada setengah kedai aku jumpa yg guna QR atau online payment ni dia akan ada bunyi pymt masuk tak pun ...

last weekend meols masuk satu kedai nie, kalu byr guna QR nanti ada announcement payment received...semua org bole dgr...mula2 ingatkan annoucement apa, rupanya bro depan meols byr guna TNG...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:50 AM | Show all posts
Yang aku perasan kaedah pembayaran guna QR code ni slow dan sebabkan orang beratur panjang. Nak buka app,scan dan masukkan amount tu ambil masa. Cara 'kuno' paywave lagi cepat. Tapi fahamlah peniaga tak nak bayar fee pakai terminal tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:01 PM | Show all posts
iols jenis akan transfer depan2 cashier.. standby bukak app.. tinggal masukkan nilai.. kadang dah masuk nilai iols suh verify.. mmg my phone pun on sound bila duit transfer.. selalu tempat beli kuih yg iols selalu pegi tu dia tgk lebih kurang.. iols risau.. iols beli bende makan.. camne la kalau x transfer betul2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 12:56 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 21-1-2025 09:17 AM
guna mesin yg auto detect tu
ape ke namanya tah
tak yah tgk kt fon org dh

yg kuar bunyi bila ada duit masuk tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-1-2025 11:50 AM
Yang aku perasan kaedah pembayaran guna QR code ni slow dan sebabkan orang beratur panjang. Nak buka ...


X silap aku klo guna tu,peniaga kena caj. Igt x dulu kecoh,spe guna debit peniaga caj 2% kononnya. Pdhal tu la caj yg ptt peniaga byr pd bank. Klo dulu mmg berleluasa peniaga caj atas customer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kat kedai makan haku keje nie, kalo org bayo guna qr "anda telah membayar rm100 utk tng e wallet" haaa satu kedai dengo, x yah tunjuk2, biar kuar terus suara tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 02:20 PM | Show all posts
mejaputih replied at 23-1-2025 12:56 PM
yg kuar bunyi bila ada duit masuk tu kan

yup che putih


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053356 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list