CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9641|Reply: 1

[Tempatan] Kutipan zakat fitrah, harta di Wilayah Persekutuan lebih RM1.13 bilion

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Kutipan zakat fitrah, harta di Wilayah Persekutuan lebih RM1.13 bilion
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
22 Januari 2025, 4:03 pm

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Kutipan keseluruhan zakat harta dan fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 mencatatkan lebih RM1.13 bilion dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2023 yang merekodkan RM1.03 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pada masa sama, jumlah pembayar zakat turut meningkat sebanyak dua peratus iaitu daripada 1.83 juta pada 2023 kepada 1.86 juta pada tahun lalu.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, zakat pendapatan menyumbang kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM772 juta (68 peratus), seterusnya diikuti zakat perniagaan RM183 juta ataupun 16 peratus.

“Baki 16 peratus lagi terdiri daripada zakat wang simpanan, zakat harta, zakat fitrah, qadha dan lain-lain,” katanya pada Sidang Akhbar Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2024 Wilayah Persekutuan di sini tadi.

Mohd. Na’im berkata, bayaran melalui potongan gaji zakat turut menjadi pilihan utama pembayar dengan menyumbang sebanyak 51 peratus ataupun RM575 juta.

“Ia seterusnya diikuti bayaran di kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM191 juta, portal PPZ-MAIWP (RM149 juta) dan ejen (RM73 juta),” katanya.

Katanya, PPZ-MAIWP turut menyasarkan keseluruhan kutipan zakat dan wakaf sebanyak
RM1.21 bilion dengan jumlah bilangan pembayar zakat seramai 1.89 juta pada tahun 2025.

Sementara itu, bagi kutipan wakaf pula, PPZ-MAIWP turut menyasarkan kutipan sebanyak RM17.4 juta dengan jumlah pewakaf seramai 40,000 orang pada tahun ini.

Sementara itu, MAIWP turut mengagihkan sebanyak RM1.15 bilion dana zakat kepada
lapan golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan seperti skin bantuan zakat, Al-Wakalah dan prasarana kepada umat Islam.

“Jumlah penerima juga meningkat 4.45 peratus pada tahun 2024 dengan peningkatan seramai 11,551 jumlah penerima berbanding tahun 2023.

“Jadi, pada tahun 2025, MAIWP mensasarkan peningkatan sebanyak lima peratus bagi jumlah penerima berbanding tahun 2024 iaitu seramai 284,683 orang penerima keseluruhan dan 34,651 penerima ketua keluarga,” jelasnya.

Mohd. Na’im menambah, daripada jumlah keseluruhan agihan zakat itu, sebanyak RM693 juta telah diagihkan menerusi skim bantuan seperti kebajikan, perlindungan, ekonomi dan perubatan.

“Manakala baki agihan selain daripada skim bantuan adalah sebanyak RM463 juta di mana ia diagihkan melalui bantuan seperti pembangunan asnaf, institusi pendidikan dan kebajikan.

“Susulan itu, untuk 2025, MAIWP mensasarkan perbelanjaan agihan zakat berjumlah RM1.34 bilion dengan fokus utama kepada pemerkasaan dan kesejahteraan asnaf selain pemerkasaan modal insan menerusi pendidikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 04:19 PM | Show all posts
Moga zakat tersebut dapat disalurkan kepada yang memerlukannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042069 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list