CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10581|Reply: 2

49 pelarian Rohingya ditemui di Phuket

[Copy link]
Post time 22-1-2025 06:24 PM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 49 pelarian Rohingya diselamatkan pihak berkuasa Thailand. - Foto The Nation


BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menyelamatkan 49 pelarian Rohingya selepas mereka ditemui di pantai daerah Talang, Phuket, lapor laman berita The Nation semalam.

Siasatan awal mendapati kumpulan tersebut telah ditinggalkan oleh sebuah bot nelayan Bangladesh di sebuah pantai berhampiran Malaysia.

Mereka kemudian pergi ke Phuket dengan berjalan kaki.

Menurut Ketua Daerah Thalang, Siwat Rawangkul, kumpulan itu termasuk 12 kanak-kanak dan seorang wanita hamil kelihatan lemah serta keletihan apabila mereka dikesan penduduk kampung di pantai itu kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) semalam.

Kumpulan itu dibekalkan dengan makanan, air dan bantuan perubatan walaupun ada yang dipercayai bersembunyi sebelum pihak berkuasa tiba.

Temu bual yang dijalankan menggunakan jurubahasa mendedahkan bahawa kumpulan itu pada mulanya terdiri daripada 75 individu dan mereka menaiki bot nelayan dari Bangladesh untuk ke Malaysia beberapa hari lalu.


Namun, mereka berkata, ramai daripadanya telah diserang dan ada yang mati sebelum dipaksa turun dari bot tersebut.

Kumpulan itu kemudian berjalan kaki selama lima hari kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa sehingga mereka akhirnya tiba di Phuket. – AGENSI

Januari 22/1/2025  sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 06:38 PM | Show all posts
Temu bual yang dijalankan menggunakan jurubahasa mendedahkan bahawa kumpulan itu pada mulanya terdiri daripada 75 individu dan mereka menaiki bot nelayan dari Bangladesh untuk ke Malaysia beberapa hari lalu.
Namun, mereka berkata, ramai daripadanya telah diserang dan ada yang mati sebelum dipaksa turun dari bot tersebut.
Kumpulan itu kemudian berjalan kaki selama lima hari kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa sehingga mereka akhirnya tiba di Phuket. – AGENSI

Satu cerita pun tak boleh percaya. Bangsat. Harap pihak berkuasa Thai hantar balik semua penipu. Dalam berita beberapa hari lepas pun ada cakap bot mereka memang selalu ada berlegar-legar di perairan cuba nak ceroboh Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 07:06 PM | Show all posts
Terima kasih Kaka Aryllis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.056974 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list