CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28578|Reply: 3

[Tempatan] Tolak ‘stroller’ pukul 3 pagi, anak autisme nak makan roti

[Copy link]
Post time 22-1-2025 11:36 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya yang juga autisme sekitar pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti.

Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing untuk terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor.

“Pukul 3 pagi akak ni menolak anak. ‘Gua’ (saya) mana boleh, ‘gua’ memang jahat tapi gua hati baik (nada berjenaka). Jauh wei,” katanya pada video tersebut.

Najmi memaklumkan, wanita itu telah mencari roti kegemaran anaknya di sebuah kedai runcit, namun tidak tiada perisa yang diinginkan.

“Dah sampai kedai roti anak nak, tak ada. ‘Gua’ apa lagi ‘start’ motor pergi cari roti kat 7E. Kasihan akak ni, semoga dipermudah segala urusan akak.

“Lepas aku kasi roti, dia menolak anak dia sampai rumah. Dia tak ada kereta. Katanya kalau anak dia tak boleh tidur, memang dia akan tolak anak dia cari roti tu,” katanya menjawab pertanyaan orang ramai.

Perkongsiaan itu mendapat pelbagai maklum balas terutama ibu bapa yang mempunyai anak autisme apabila mereka turut berkongsi ragam anak masing-masing.

“Macam anak autisme saya, hanya makan roti jagung Gardenia sahaja. Kalau terputus bekalan, mencari-cari sana sini roti. Tak dapat mengamuk, faham sangat situasi akak ni,” kata seorang ibu.

“Anak saya pun autisme juga. Dia orang akan makan benda sama sahaja, tapi kita mak ayah kena usaha ajar dia orang makan macam-macam biar normal dia punya pemakanan macam budak biasa. Kena banyak sabar ajar dia orang ni,” komen seorang bapa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 22-1-2025 11:47 PM

Makanya jangan dimanjakanikan dan terlalu menyembah anak.

Orang pukul 3 Tahajud sembah Allah. Suap anak tu dengan bacaan ayat Al Quran.

Ni Tajwid pun tak betul...anak dengar pun nak tempeleng muka enko.

Kita ni zaman sekarang banyak dah hidup tak ikut sistem Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:32 AM | Show all posts
kalau dah tau anak suka only perisa tu, sentiasa la buat stock..
2 3 hari sekali topup stock..
kenapa la nak menyusahkan diri keluar malam-malam bawa anak tak sihat tu..
patutnya sebagai mak bapak, patut tau la macam mana nak uruskan kehidupan..
ke mak bapak kategori lembam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Porumer sekaliannn! Cepat kutuk laki dia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046115 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list