View: 29552|Reply: 8
|
Sampah 30 tan dilonggok tengah jalan di UK, penduduk terputus hubungan
[Copy link]
|
|
LONDON – Sisa pembinaan dan sampah seberat 30 tan dibuang di sebatang jalan kampung di England sehingga menyebabkan penduduk tempatan terputus hubungan dengan dunia luar, lapor akhbar Metro UK semalam.
Satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua buah lori disyaki membuang sisa pembinaan tersebut.
Majlis Daerah Lichfield percaya sisa pembangunan yang juga termasuk sampah isi rumah itu dibuang di Watery Lane, dekat Curborough. Ia berlaku antara pukul 11 malam (waktu tempatan), Ahad lalu dan 12.45 tengah malam (waktu tempatan) kelmarin.
Penduduk tempatan dan pemilik perniagaan terputus hubungan sepenuhnya dengan dunia luar sehingga kontraktor terpaksa membersihkan jalan tersebut pada waktu pagi.
Seorang ahli majlis daerah dan daerah tempatan, Richard Cox berkata, kerja-kerja pembersihan boleh menelan belanja beribu-ribu pound sterling.
“Sesiapa yang melakukannya adalah satu perbuatan vandalisme yang tidak berakal. Ia perlu disiasat,” katanya. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Beribu ribu tahniah.
Cam merepek je beribu ribu tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun loading baca
kalau sorang buat kerja, dalam beberapa jam, ke sehari dua dah boleh settle
kalau gotong-royong 2-3 orang, lagi cepat siap
kalau gotong-royong ramai2, sorang makcik bawak bihun tawar takde rasa, sorang lagi bawa nugget keras kematu, sorang lagi acik bawa sirap limau, membawang dari jauh, rasanya 2 jam settle kemas
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg btl dh tu menu tu jerlh slalu pn..tp sirap limau tu mahei..sirap ksg jer slalu ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
acik sirap tu dia ikut mood. hari dia rajin, air sirap ada bau daun pandan. duit pencen masuk, dapat ler merasa sirap limau. kalau tengah bulan, baru bayar duit kutu ke, aa sirap kosong aje ler. tapi jangan waktu dia bad mood ajak membawang, sirap kosong takde gula nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
adoii..tp slalu time mkn2 ade jer mcik bwg yg over perati org mkn
|
|
|
|
|
|
|
|
macam kelakar pulak guna ayat jalan kampung di england... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pun cost beribu, kau ingat ni macam jalan dalam kampung cina balakong ke panggil orang kampung ramai2 gotong royong uruskan semua campak kat tepi semak macam kat sini? Kat sana nak buang sampah macam ni private individual kena bayar kat tempat buang sampah tu sebab sampah2 semua ada category tu sbb ramai yg fly tip ni. Dah la sana semua gaji minimum tinggi. Nak panggil company waste management uruskan memang la beribu cost dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|