CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4160|Reply: 2

[Politik] Projek tergendala di Kedah, ini penjelasan Rafizi

[Copy link]
Post time 23-1-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Fahmy A Rosli
Januari 23, 2025
[email protected]



Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli. - Foto fail NSTP/Wan Nabil Nasir


KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan pelaksanaan projek di Kedah yang tergendala bukan berpunca daripada Kerajaan Pusat, sebaliknya masalah membelenggu kerajaan negeri itu sendiri.

Dalam satu hantaran menerusi platform X hari ini, beliau berkata Kerajaan Kedah pernah memohon pinjaman dari Kerajaan Persekutuan untuk projek pembangunan fasa lima Kulim Hi-Tech Park (KHTP) itu.

Katanya, kerajaan Persekutuan melalui kementeriannya sudah pun meluluskan pinjaman sebanyak RM195 juta kepada kerajaan negeri berkenaan untuk membiayai projek itu.

"Bagaimanapun, masalah timbul selepas pinjaman diluluskan menyaksikan projek berkenaan belum boleh dimulakan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan kononnya sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek di negeri itu.

Mengulas lanjut, Rafizi menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, baru-baru ini.


"Baru-baru ini, nama saya diseru di DUN Kedah. Saya dituduh sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek di Kedah. Tuduhan ini tidak beri gambaran yang penuh. Cerita sebenarnya adalah begini.

"Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan Kerajaan Persekutuan ialah hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula.


"Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya Kementerian Ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan.

"Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak. Sedangkan Kerajaan Persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman," katanya.

Sekiranya projek di negeri berkenaan terus tergendala, Rafizi bimbang bahawa kesannya harus ditanggung oleh rakyat negara ini.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia perlu menanggung faedah pinjaman selama mana Kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek terbabit.

"Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca saja atau pun itu projek swasta bukan projek saya.

"Lain kali, sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
misti mau bayar utang lulu maaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts


Hampeh YB Haim. Apa2 pun, modus operandi puak ni simple. Cipta naratif konon pusat nak sabotaj ekonomi negeri. Padahal sendiri punya problem. Selesai la dulu urusan pengambilan tanah. Baru la duit boleh release utk start project.

Sama juga mcm project LRA. Org dah bagitau sejak tahun lepas project tu bermasalah. Tp Nusi kata pusat nak sabotaj. Sekali, sampai tahun ni tak siap. Kesian org2 area tu dok hadap masalah ayaq yg tak berkesudahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.341387 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list