CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9143|Reply: 0

Trump tuduh Putin musnahkan Russia

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:21 PM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuduh rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin memusnahkan negaranya sendiri ekoran kegagalan perang Ukraine, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Trump yang mengangkat sumpah jawatan pada Isnin lalu turut menggesa supaya Putin memeterai perjanjian bagi menamatkan konflik berdarah itu.

Beliau berkata, perang yang dianggap Putin sebagai operasi ketenteraan khas sebenarnya memusnahkan ekonomi Russia selain turut menggelar beliau sebagai ‘pengalah’.

“Beliau perlu memeterai perjanjian. Bagi saya, beliau memusnahkan Russia dengan tidak mengadakan perjanjian.

“Russia akan menghadapi masalah besar. Ramai orang menyangka perang itu akan berakhir dalam masa kira-kira seminggu tetapi kini sudah tiga tahun,” katanya.

Trump membuat kenyataan itu selepas Putin secara terbuka menyeru Presiden AS tersebut untuk mengelakkan Perang Dunia Ketiga.


Putin berkata kepada majlis keselamatannya di Moscow: “Kami mendengar kenyataan (Trump) tentang keperluan untuk mengelakkan Perang Dunia Ketiga.

“Kami sudah pasti mengalu-alukan sikap sedemikian dan mengucapkan tahniah kepada Presiden AS (dipilih menjadi pemimpin Amerika).”

Putin sebelum ini berkata, beliau bersedia untuk berbincang dengan Trump mengenai konflik dengan Ukraine tetapi menegaskan bahawa ia perlu mendatangkan kesan yang memihak kepada Russia. – AGENSI

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048732 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list