CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9618|Reply: 0

Polis terkejut mayat wanita dikerat-kerat dalam beg galas

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Suspek ditangkap kerana membawa beberapa anggota badan milik isterinya yang disumbatkan ke dalam beg galas. - CDI Kenya
NAIROBI – Seorang lelaki ditahan di Kenya kerana membawa beg galas berisi mayat yang telah dikerat-kerat, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Direktorat Siasatan Jenayah (CDI) berkata, mayat itu adalah isterinya yang berumur 19 tahun.

Suspek bernama John Kiama Wambua, 29, ditangkap ketika polis membuat rondaan di kejiranan Huruma, timur Nairobi, baru-baru ini.

“Polis mengesyaki suspek membawa ‘sesuatu’ yang menyalahi undang-undang menyebabkan bag galasnya digeledah.

“Mereka terkejut menemui cebisan mayat manusia. Suspek kelihatan tidak terganggu dengan penemuan tersebut,” kata CDI.

Selepas dibawa ke rumah suspek, anggota-anggota polis menemui sebilah pisau, pakaian berlumuran darah serta bahagian anggota badan lain milik mangsa di bawah katil.


CDI menyifatkan pembunuhan itu sebagai keji, sambil menambah, suspek akan didakwa atas tuduhan membunuh di mahkamah. – AGENSI

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.106548 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list