CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18266|Reply: 0

Watak Young-Hee dalam Squid Game ilham dari anak perempuan pereka

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Patung Young-hee dari siri Squid Game dipamerkan di taman di Seoul. - FOTO Reuters

Seoul: Walaupun musim kedua Squid Game mempunyai plot twist baharu, satu elemen dalam siri megahit Netflix kekal berterusan.

Young-hee, anak patung robot yang kelihatan tidak bersalah sebenarnya mempunyai peranan maut dalam siri televisyen buatan Korea Selatan dalam permainan "Red Light, Green Light".

Young-hee, yang memakai gaun oren ringkas dan klip rambut, telah menjadi meme tular di media sosial dan menjadi tumpuan kempen promosi gergasi penstriman itu.

Chae Kyoung-sun, pereka pengeluaran untuk Squid Game berkata, penampilan anak patung itu sebahagiannya telah diilhamkan oleh anak perempuannya sendiri.

"Anak perempuan saya menggayakan potongan rambut ala mangkuk untuk masa yang lama dan ia sangat comel. Jadi saya memutuskan untuk membiarkan rambut bahagian depan yang sangat pendek," kata Chae kepada Reuters.

"Matanya agak gila. Dia adalah mesin pembunuh dan pergerakan matanya harus mudah dilihat, jadi kami membuat matanya agak besar."

Inspirasi awal untuk Young-hee datang daripada seorang gadis dengan nama sama pada kulit buku teks sekolah rendah lama di Korea Selatan, walaupun anak patung pembunuh itu pada mulanya dianggap sebagai tanpa jantina, kata Chae.

Musim pertama Squid Game menjadi rancangan yang paling banyak ditonton di platform penstriman dan musim kedua dijangka meniru kejayaan itu.

Musim baharu thriller dystopian, yang dikeluarkan pada 26 Disember lalu, turut memecahkan rekod sebagai rancangan paling banyak ditonton dalam minggu tayangan perdananya di platform penstriman, dengan 68 juta tontonan, menurut Netflix.

Gergasi penstriman itu berkata, ia memperoleh rekod 18.9 juta pelanggan pada suku keempat sebahagiannya disumbangkan oleh musim kedua Squid Game.

Pada 2023, Netflix mengumumkan pelaburan $2.5 bilion di Korea Selatan untuk menghasilkan siri TV Korea, filem dan rancangan tanpa skrip.

Ditanya tentang kejayaan persembahan dan watak khusus ini, Chae meletakkannya pada sifat mereka yang luar biasa.

"Bagaimanakah budak comel ini tiba-tiba bertukar menjadi mesin pembunuh? Saya rasa penciptaan dunia dalam siri ini dengan mengamalkan konsep dan kaedah yang tidak dapat diramalkan menyebabkan golongan muda menggemarinya kerana mahu sesuatu yang segar," katanya.

Pada penghujung musim kedua, penonton juga dapat melihat Chul-su, anak patung lelaki yang akan muncul pada musim berikutnya bersama Young-hee.

"Apabila mereka berkata akan ada musim kedua dan Chul-su akan muncul, saya membawa balik lukisan Chul-su yang saya miliki untuk musim pertama," kata Chae.

"Anggaplah ia sebagai kawan, pasangan," katanya.

Musim ketiga dan terakhir Squid Game ditetapkan untuk ditayangkan pada akhir tahun ini.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.169689 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list