CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19222|Reply: 0

Lelaki tikam kekasih 79 kali selepas diberitahu hamil

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:56 PM | Show all posts |Read mode

Mayat mangsa ditemui mati terbaring di tepi sawah oleh penduduk setempat yang sedang beriadah sekitar jam 6 pagi

SULAWESI SELATAN - Gara-gara berang selepas mengetahui kekasih hamil lima bulan, seorang lelaki nekad menikam teman wanitanya itu sebanyak 79 kali dalam kejadian di Kota Makassar pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gowa, AKBK Reoland Simanjutak berkata, pelaku tidak dapat menerima kenyataan selepas melihat ibunya menangis teresak-esak sejurus mendapat khabar mengenai kehamilan mangsa.

Suspek dikenali sebagai Jibril, 22, turut menafikan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang dikandung wanita terbabit.

Mengulas peristiwa semasa hari kejadian, polis mendedahkan suspek mengajak mangsa bertemu dengannya dengan alasan mahu bersiar-siar selepas pertemuan antara kedua keluarga selesai.

Terdahulu, datuk mangsa, Imran Sijaya berkata, mangsa ada menerima panggilan telefon pada tengah malam selepas pulang dari tempat kerja.

Jibril, suspek yang terlibat dalam pembunuhan seorang gadis hamil telah dibawa ke hadapan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Gowa pada 22 Januari lalu.
“Dia kemudian meminta izin ibunya untuk keluar ke rumah rakan tanpa memberitahu identiti rakannya itu mahu pun lokasi dituju.

“Selepas itu, cucu saya tidak lagi dapat dihubungi,” jelasnya kepada wartawan.

Mangsa, Putri Indah Sari, 19, ditemui mati terbaring di tepi sawah oleh penduduk setempat yang sedang beriadah sekitar jam 6 pagi waktu tempatan.

Selepas proses bedah siasat di Hospital Bhayangkara Polri, jenazah mangsa dikebumikan keluarganya di tanah perkuburan Desa Maradekaya pada jam 10 malam.

Polis berkata, Jibril didakwa di bawah undang-undang Pasal 340 KUHP yang memperuntukkan hukuman bagi pembunuhan terancang. - Agensi.

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.498813 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list