Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Nezar Patria. - Foto AGENSI
JAKARTA: Ketika kecerdasan buatan (AI) terus mengubah landskap pekerjaan global, Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Nezar Patria, berkata AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global. Namun, teknologi ini juga dijangka mencipta 170 juta pekerjaan baharu menjelang 2030, yang memerlukan kemahiran khusus.
Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan penting graduan pascasiswazah dalam transformasi digital Indonesia, sambil menggesa mereka untuk tidak hanya memperoleh kepakaran teknikal, tetapi turut memimpin dalam inovasi, pendidikan dan penyelidikan.
"Setiap cabaran hadir bersama peluang dan setiap peluang memerlukan persediaan. Bersama-sama, mari kita berusaha membina negara yang lebih kukuh serta menyumbang kepada kemajuan dunia," katanya ketika berucap di majlis graduasi Universitas Gadjah Mada (UGM) di Yogyakarta.

|