CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17053|Reply: 0

Remaja bunuh kanak-kanak diarah keluar ketika prosiding hukuman di UK

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Polis berkawal di luar kompleks mahkamah The Queen Elizabeth II di Liverpool, sebelum prosiding hukuman kes remaja bunuh tiga kanak-kanak dalam serangan tikam tahun lalu bermula. - Foto AFP

LIVERPOOL: Seorang remaja lelaki di United Kingdom (UK) yang membunuh tiga kanak-kanak perempuan dalam satu serangan tikam tahun lalu, diarahkan keluar mahkamah ketika prosiding hukuman dijalankan hari ini.

Axel Rudakubana, 18, yang hadir ke mahkamah, mendakwa dirinya tidak sihat dan memohon kepada hakim untuk menghentikan prosiding.



"Saya perlukan paramedik, saya rasa sakit dan tidak sihat.

"Anda tidak memberikan sebarang bantuan kepada saya, hakim, saya rasa sakit dan tidak makan selama 10 hari," katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Rudakubana dibawa ke hospital pada waktu pagi. Bagaimanapun, perkara berkenaan tidak dapat disahkan.

Dalam pada itu, hakim memaklumkan mahkamah bahawa beliau mendapat jaminan bahawa Rudakubana sihat untuk hadir.

Isnin lalu, Rudakubana mengaku bersalah atas tuduhan membunuh dalam serangan di sebuah kelas tarian bertemakan Taylor Swift di Southport, England.

Ketika perbicaraan bermula, mahkamah dimaklumkan bahawa Rudakubana berkata 'Saya gembira mereka mati' ketika berada di ruang tahanan selepas membunuh tiga gadis pada Julai lalu.

Rudakubana juga mengaku bersalah atas 10 pertuduhan cubaan membunuh dan memiliki senjata tajam.

Dia turut mengaku menghasilkan bahan biologi beracun dan memiliki manual latihan Al-Qaeda.

Hakim Julian Goose memberi amaran kepada Rudakubana selepas pengakuan bersalahnya bahawa dia berdepan tempoh hukuman penjara yang lama.

Kehadiran Rudakubana ke mahkamah sebelum ini sering kali dicemari dengan sikap tidak bekerjasama, termasuk enggan bercakap dan tidak mahu berdiri di mahkamah dan hanya menyatakan bersalah bagi setiap pertuduhan.

Insiden amukan remaja terbabit mengejutkan orang ramai di UK.

Maklumat tidak sahih yang tular sebelum ini mendakwa penyerang adalah seorang pencari suaka beragama Islam, mencetuskan rusuhan anti-imigran di lebih 12 bandar dan pekan di England serta Ireland.

Difahamkan Rudakubana dilahirkan di Cardiff kepada pasangan ibu bapa asal Rwanda dan tinggal di Banks, sebuah perkampungan di Southport.

Media UK melaporkan, ibu bapa Rudakubana yang beragama Kristian daripada etnik Tutsi itu berhijrah ke Britain selepas pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1994.

Serangan itu tidak dianggap sebagai insiden keganasan dan Rudakubana tidak pernah didakwa atas kesalahan berkaitan keganasan yang menyebabkan kritikan daripada sesetengah pihak.



Selasa lalu, Perdana Menteri UK, Keir Starmer berikrar untuk mengemas kini undang-undang keganasan sekiranya perlu bagi menangani ancaman baharu daripada individu yang berniat melakukan keganasan ekstrem tanpa sebab.

AFP - Januari 24, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.197746 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list