CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17347|Reply: 0

Iran harapkan perjanjian nuklear baharu di bawah Trump

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan, bendera Iran. - Foto AFP

ISTANBUL: Iran menyuarakan harapan pada Rabu untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perkara itu disampaikan oleh Naib Presiden Iran bagi Hal Ehwal Strategik Javad Zarif, semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ketika ditanya sama ada Iran percaya AS mungkin bersetuju dengan perjanjian baharu, Zarif berkata: "Saya berharap kali ini, 'Trump 2' akan lebih serius, lebih tertumpu, lebih realistik".

Pada 2018, Trump secara unilateral menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dengan Iran semasa penggal pertama pentadbirannya dan mengenakan semula sekatan ke atas Tehran.

Forum Davos berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan perniagaan dalam kalangan pemimpin global.

Edisi tahun ini dihadiri oleh lebih 3,000 peserta dari 130 negara, termasuk 60 ketua negara dan kerajaan.

Susulan kritikan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung aktiviti nuklearnya, Iran pada 29 November mengumumkan rancangan untuk mengendalikan ribuan emparan baharu bagi memperkayakan uranium.

Ketika ini, Iran memperkayakan uranium sehingga tahap ketulenan 60 peratus – jauh lebih rendah daripada 90 peratus yang diperlukan untuk senjata nuklear, tetapi jauh melebihi had yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear asal.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072032 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list