CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17341|Reply: 0

Saintis jumpa dua gunung 100 kali lebih tinggi dari Everest

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:55 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail Gunung Everest. - Foto AFP


AMSTERDAM – Dua gunung rahsia ditemui oleh sekumpulan saints disahkan  melebihi  100 kali ganda lebih tinggi daripada Gunung Everest di Nepal yang memiliki ketinggian  8,800 meter, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penemuan itu dibuat oleh kumpulan saintis Universiti Utrecht di Belanda.

Mereka berkata, dua gunung setinggi 1,000 kilometer itu terletak di sempadan antara teras dengan lapisan mantel Bumi  di bawah Benua Afrika dan Lautan Pasifik.

Dua gunung  itu dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setengah bilion tahun dan dipercayai wujud selepas pembentukan Bumi, empat bilion tahun  lalu.

Ketua kajian, Dr. Arwen Deuss berkata: “Tiada siapa yang tahu sama ada dua gunung ini hanya fenomena sementara atau jika ia telah wujud selama berjuta-juta atau mungkin berbilion-bilion tahun.”

Sebelum ini, siantis-saintis mengetahui  bahawa terdapat struktur besar yang tersembunyi jauh di dalam mantel Bumi.


Maklumat itu diketahui mungkin kerana gelombang kejutan seismik yang berlaku akibat daripada gempa bumi yang kemudian merebak ke bahagian dalam planet ini. – AGENSI

sumber  24 Januari 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040431 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list