CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3727|Reply: 0

Jambatan tertinggi dunia dibuka tahun ini

[Copy link]
Post time 24-1-2025 08:59 PM | Show all posts |Read mode

Jambatan tertinggi di dunia kini dalam pembinaan di wilayah Guizhou, China. - Rex


BEIJING –  Sebuah jambatan tertinggi di dunia yang sedang dibina di China bakal dibuka kepada orang ramai lewat  tahun ini, lapor akhbar The Sun UK.

Dinamakan Jambatan Ngarai Besar Huaijiang, struktur sepanjang 2.81 kilometer itu dibina di wilayah Guizhou, barat daya China.

Jambatan itu dibina pada ketinggian 624.84 meter di atas Sungai Beipan dan  hampir menyamai  ketinggian bangunan tertinggi China iaitu Menara Shanghai. Menara Shanghai  memiliki 128 tingkat dan setinggi 632 meter.

Struktur itu juga sembilan kali ganda lebih tinggi daripada Jambatan Golden Gate dan menyamai tinggi dua menara Eiffel.Ia memiliki berat melebihi 22,000 tan atau tiga kali ganda berat Menara Eiffel.

Jambatan itu dapat mengurangkan masa perjalanan selama sejam untuk menyeberangi Ngarai Huajing sebelum ini kepada hanya dua minit.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Guizhou, Chen Jianlei berkata, pembinaan tersebut bertujuan meningkatkan rangkaian sambungan di rantau berkenaan.


“Pembinaan Jambatan Ngarai Besar Huajiang akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Guiyang, Anshun dan Qianxinan selain memupuk integrasi ekonomi serantau,” katanya. –  AGENSI
sumber   
  • KOSMO
  • 24 Januari 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 1.090366 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list