CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3657|Reply: 0

Ketam kecil merah jambu ‘cute’ ditemui

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:07 PM | Show all posts |Read mode
SEEKOR ketam kecil berduri ditemui di Teluk Amerika. - Foto NOAA

WASHINGTON – Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik Amerika Syarikat (AS) berkongsi rakaman video seekor ketam kecil yang ditemui di Teluk Amerika, lapor portal berita MailOnline.

Dalam rakaman video NOAA, ketam kecil itu dilihat berada di atas tapak tangan seorang penyelidik, dengan mata hitam maniknya menonjol pada badan berwarna merah jambu dan berduri.

“Ini adalah ketam paling comel, paling tajam, paling kecil di dunia!,” demikian menurut hantaran NOAA di platform X.

Video itu mendapat perhatian ramai netizen dengan lebih 10.6 juta tontonan setakat ini.

“Spesies apakah ini?” tanya seorang netizen.

Seorang lagi netizen berkata: “Ketam ini kelihatan seperti baru bangun dari tidur pada waktu siang.” – AGENSI

sumber   
  • KOSMO!
  • 24 Januari 2025


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053552 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list