CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3473|Reply: 0

Micheal Martin sah perdana menteri baharu Ireland

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:17 PM | Show all posts |Read mode

Micheal Martin (depan) sah sebagai perdana menteri baharu Ireland. Foto AFP

LONDON - Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Ahli parlimen pada Khamis memilih Martin sebagai Taoiseach (perdana menteri Ireland) buat kali kedua melalui gabungan dua parti kanan tengah utama negara itu, Fine Gael dan Fianna Fail dan ahli parlimen bebas.

Pemilihan Taoiseach sebelum ini ditangguhkan pada Rabu selepas Dail digantung akibat situasi huru-hara di dewan itu.

"Saya melihat Ireland hari ini, jelas terdapat tahap sinis terhadap politik, dan terlalu kerap kita mempersoalkan niat orang lain, terutama mereka yang tidak sependapat dengan kita. Saya menolak ini. Saya percaya kepada niat baik mereka yang ingin berkhidmat untuk masyarakat melalui jawatan yang dipilih,” kata Martin.

Martin turut menyentuh cabaran domestik termasuk isu perumahan dan sokongan kepada golongan kurang upaya, sambil mengakui bahawa "masih ramai yang terpaksa menghadapi cabaran besar untuk mengakses perkhidmatan yang mereka layak."

Martin, 64, pernah menjadi Taoiseach dari 2020 hingga 2022 sebelum menyerahkan kepimpinan kepada Fine Gael bagi separuh penggal kedua. Berdasarkan perjanjian antara kedua-dua parti, perdana menteri sementara Simon Harris dijangka kembali sebagai pemimpin pada akhir 2027.

Kerajaan baharu Ireland berdepan beberapa cabaran antarabangsa, termasuk usaha mereformasi Kesatuan Eropah dan kepulangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Rumah Putih, yang berjanji mengenakan tarif yang berpotensi menjadi ancaman besar kepada ekonomi berorientasikan eksport Ireland.

Fianna Fail dan Fine Gael, anggota gabungan kerajaan Ireland sebelum ini, mengekalkan kuasa selepas pilihan raya umum yang diadakan pada akhir November tahun lalu.

Kedua-dua parti itu memperoleh gabungan 86 kerusi dalam 174 kerusi di Dail, hanya kurang dua kerusi untuk majoriti. Parti pembangkang utama, Sinn Fein, memenangi 39 kerusi, kedua tertinggi selepas Fianna Fail yang memenangi 48 kerusi. - Bernama-Xinhua

sumber  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046584 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list