CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5767|Reply: 9

[Lain-Lain] 1 KAKAK 7 PONAKAN, SAVIOR COMPLEX & SANDWICH GENERATION

[Copy link]
Post time 28-1-2025 04:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by amandel at 28-1-2025 05:53 AM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2025 05:12 AM | Show all posts
Film 1 Kakak 7 Ponakan adalah filem dari pengarah Yandy Laurens yang mengusung genre drama keluarga... Film ini merupakan adaptasi dari sinetron berjudul sama yang populer di era 1990-an dengan tajuk sama... Yandi Laurens ni sebelumnya juga menjadi penulis dan pengarah filem Jatuh Cinta Seperti di Film-film... Filem Jatuh Cinta Seperti di Film-film menjadi film terbaik dekat Festival Film Indonesia (FFI) tahun lepas dan sukses membawa pulang 7 Piala Citra... Yang belum pengok film ni, boleh layan dekat netflix...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2025 05:18 AM | Show all posts
Edited by amandel at 28-1-2025 06:00 AM

Filem 1 Kakak 7 Ponakan mengisahkan Moko (Chicco Kurniawan), pelajar tahun akhir jurusan seni bina yang tidak sabar untuk menamatkan pengajian... Deols mempunyai rancangan besar selepas tamat pengajian, seperti belajar untuk ijazah sarjana di Universiti Columbia berkat biasiswa... Deols juga berhasrat untuk bekerja sebagai arkitek muda, sebelum menubuhkan firma bersama kekasihnya bernama Maurin (Amanda Rawles)... Namun, impian itu musnah apabila hidup Moko dilanda badai dugaan... Deols terpaksa melihat abang sulung dan kakak iparnya, Atmo (Kiki Narendra) dan Agnes (Maudy Koesnaedi), meninggal dunia secara berdekatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2025 05:37 AM | Show all posts
Edited by amandel at 28-1-2025 06:00 AM

Masa first time tengok trailer filem 1 Kakak 7 Ponakan, ade rasa macam tengok Home Sweet Loans versi Lelaki... But Jika dah tengok penuh filem ni, citer dalam movie ni lagi daripada itu... Dekat filem Home Sweet Loans, Iols dah cakap sikit pasal Sandwich Generation, Iols tak nak repeat dekat sini... Iols nak cakap sikit pasal savior complex / savior syndrome sebab ade movie reviewer yang cakap pasal benda ni juga masa review movie 1 Kakak 7 Ponakan...

Savior complex, atau kompleks penyelamat, merujuk kepada keinginan yang mendalam untuk 'menyelamatkan' orang lain, walaupun tanpa mereka memintanya... Seseorang dengan savior complex sering berasa bahawa dia bertanggungjawab untuk memperbaiki kehidupan orang lain, kadangkala sehingga mengabaikan keperluan dirinya sendiri...
Kompleks ini mungkin timbul daripada keinginan untuk merasa diri bernilai atau penting... Walaupun niat asalnya kelihatan baik, savior complex boleh menyebabkan individu itu mengawal atau mempengaruhi orang lain tanpa mereka sedari...

Salah satu tanda savior complex adalah apabila seseorang merasa hanya dirinya yang boleh menyelesaikan masalah orang lain... Ini boleh menimbulkan ketidakimbangan kuasa dalam hubungan, di mana pihak yang menerima bantuan mungkin merasa terhutang budi atau tidak bebas untuk membuat keputusan sendiri...
Dalam jangka panjang, tindakan ini boleh mempengaruhi kesejahteraan mental kedua-dua pihak... Orang yang "diselamatkan" mungkin berasa terbeban, manakala individu yang mempunyai savior complex mungkin merasa kecewa jika usahanya tidak dihargai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2025 05:40 AM | Show all posts
... Savior complex seringkali dipengaruhi oleh pengalaman masa lalu atau trauma... Sebagai contoh, seseorang yang pernah merasa tidak dapat mengawal hidupnya mungkin mencari kawalan melalui membantu orang lain... Ia boleh menjadi satu cara untuk mengelakkan menghadapi masalah peribadi sendiri...Namun, membantu orang lain tidak selalu bermakna menyelesaikan masalah mereka... Kadangkala, sokongan yang terbaik adalah dengan membiarkan mereka mencari jalan penyelesaian sendiri, sambil kita berada di sana untuk memberi dorongan dan galakan...

Menariknya, savior complex juga boleh menyebabkan kebergantungan... Apabila seseorang terus-menerus 'menyelamatkan' orang lain, dia secara tidak langsung menggalakkan ketergantungan, di mana individu tersebut tidak dapat belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri...
Ini mewujudkan kitaran tidak sihat... Orang yang diselamatkan mungkin menjadi terlalu bergantung, manakala penyelamat pula berasa dirinya diperlukan untuk mengatasi masalah orang lain, dan ini seterusnya mengekalkan dinamika yang tidak seimbang...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2025 05:44 AM | Show all posts
...Akhir sekali, penting untuk menyedari bahawa membantu orang lain adalah sesuatu yang baik, tetapi kita perlu mengenali had kita... Adalah lebih baik untuk memberikan sokongan secara bijak tanpa mengambil tanggungjawab penuh untuk kehidupan orang lain...
Setiap orang mempunyai hak untuk menguruskan hidupnya sendiri, dan peranan kita adalah untuk memberi sokongan, bukan mengawal... Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan daripada terjerat dalam savior complex dan memelihara hubungan yang lebih sihat...


Disclaimer, Iols takde background psikologi ye... Iols kongsi benda ni sebab Iols rasa menarik... Iols rasa dekat sini banyak yang lagi expert, fell free je jika nak correct my post...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2025 05:47 AM | Show all posts
Iols kongsi juga video review movie ni... Sila tengok dekat platform youtube, sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator... thangkiuuuu...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2025 05:52 AM | Show all posts
Film 1 Kakak 7 Ponakan dah tayang dekat Indo 23 Jan lepas... Iols belum tahu movie ni tayang dekat pawagam Msia or dekat OTT... Iols update jika dah ade info...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2025 12:10 PM | Show all posts
Filem Yandi Laurens yang nak tayang juga tahun ini bertajuk Sore dah rilis first look... If Uols perasan, poster filem Sore juga nampak pada filem Jatuh Cinta Seperti di Film-Film dekat tembok ruang bawah tangga rumah Agus, tempat dimana skrip dicetak...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2025 11:38 PM | Show all posts
Iols ternampak interview pasal filem 1 Kakak 7 Ponakan ini dekat yt , banyak orang singkat tajuk filem ni jadi Sakatupo... Iols rasa interview movie ni sangat insightfull, sila layan dekat youtube sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator... harap bermanfaat... thankiuuu...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.137455 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list