CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 0

[Sabah] Ewon ketuai delegasi Bank Rakyat berkunjung hormat TYT Sarawak

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:22 PM | Show all posts |Read mode


KUNJUNGAN: Ewon bersama rombongan semasa mengadakan kunjungan hormat TYT Sarawak.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Bank Rakyat mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana, Kuching.

Dalam kunjungan itu, Tun yang juga mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimaklumkan mengenai inisiatif baharu kementerian antaranya cadangan Akta Koperasi yang baharu, perkembangan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia dan inisiatif khusus di Sarawak.

Bank Rakyat juga memaklumkan mengenai rancangan pengembangan perniagaan dan cawangan perkhidmatan di Sarawak termasuk program tanggungjawab sosial korporat.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sangat menghargai semua pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Tun semasa kunjungan ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Sharif.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.081771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list