CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2244|Reply: 0

[Sabah] Kerusi Lumadan kekal ditandingi PBS pada PRN17

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:23 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ruslan, Matbali serta Mazlan dan rombongan merakamkan gambar kenangan di salah sebuah kedai di Bandar Minggo dalam program Walkabout Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam yakin Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan kekal ditandingi Parti Bersatu Sabah (PBS) Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Mengulas lanjut, Ruslan yang juga Ketua Bahagian PBS Lumadan memberitahu, ia berdasarkan kesepakatan yang telah dicapai pimpinan PBS antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam (Pemangku Presiden PBS) dengan Pengerusi GRS kita (Datuk Seri Panglima Hajiji Noor) memang telah pun sepakat bahawa parti-parti komponen GRS akan kekal dengan kerusi sedia ada.

"Ini jelas menunjukkan kerusi Lumadan kekal ditandingi PBS kerana kita telah memenanginya pada pilihan raya lalu dan saya akan pastikan kerusi ini dipertahankan dalam PRN17 akan datang. Kita sudah siap sedia menghadapi PRN17 bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program 'Walkabout Tahun Baharu Cina' di sekitar pekan Beaufort, baru-baru ini.

Walkabout itu turut disertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk bersama menyantuni peniaga dan masyarakat Tiong Hua di sekitar pekan itu.


MESRA: Ruslan mengagihkan buah limau mandarin kepada para pengunjung semasa melawat ke salah sebuah kedai makan di Pekan Beaufort.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lumadan, Mazlan Joehari Manan.

Dalam pada itu, Ruslan turut yakin Kerusi Lumadan akan kekal milik PBS dan GRS malah turut percaya mampu meraih lebih banyak undi pada PRN17 kelak.

Jelasnya, ia berdasarkan gerak kerja strategik yang telah dilaksanakan khususnya dalam menangani pelbagai isu rakyat di kawasan itu sejak sekian lama.

"Ditambah lagi dengan kerjasama mantap parti Gagasan Rakyat Bahagian Lumadan sebagai rakan komponen dalam GRS, kita yakin kerusi Lumadan kekal milik PBS bersama GRS dengan kelebihan undi yang lebih besar.

"Keyakinan ini pada masa sama ekoran kepercayaan rakyat terhadap kerajaan GRS di bawah Ketua Menteri (Hajiji) yang telah membawa banyak pembaharuan kepada Sabah menerusi pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.125211 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list