CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12050|Reply: 0

Nenek 60 tahun menyamar jadi 14 individu

[Copy link]
Post time 29-1-2025 08:07 AM | Show all posts |Read mode

Rambut palsu digunakan wanita bagi melakukan penyamaran untuk menduduki ujian. FOTO Agensi

London: Seorang wanita berusia 61 tahun ditahan kerana didakwa menggunakan rambut palsu untuk menyamar sebagai sekurang-kurangnya 14 individu lain untuk membantu mereka lulus ujian kewarganegaraan United Kingdom (UK).

Portal news.sky melaporkan, wanita yang tidak dinamakan itu membantu lelaki dan wanita mendapat kelebihan tidak adil dalam ujian 'Life in the UK', kata Pejabat Dalam Negeri.

Dia didakwa memakai pelbagai rambut palsu dan menyamar untuk menyatakan dirinya sebagai pemohon sebenar dalam cubaan secara tidak jujur untuk memohon kekal di UK.

Ia kerana sesiapa yang ingin tinggal di UK selama-lamanya atau penaturalisasian sebagai warganegara British mesti mengambil ujian berkenaan.

Wanita itu ditahan di Enfield pada Isnin di mana beberapa dokumen palsu dan pelbagai rambut palsu yang didakwa digunakan dalam skim penipuan turut dirampas.

Perbuatan itu dilakukan dari Jun 2022 hingga Ogos 2023 dan wanita berkenaan pergi ke beberapa pusat ujian UK, menyamar dan membuat dokumen pengenalan diri (ID) untuk mengelak daripada dikesan.

"Penipu yang melengkapkan ujian untuk orang lain boleh menyebabkan individu salah diberi hak untuk kekal di negara ini tanpa usaha sewajarnya", kata Pejabat Dalam Negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 8.162945 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list