Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran dari pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan, 28 Januari 2025. FOTO Yonhap melalui REUTERS
Busan (Korea Selatan): Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut pihak berkuasa bomba, penerbangan Air Busan yang menuju ke Hong Kong terbakar di bahagian ekor kira-kira 10.30 malam waktu tempatan, beberapa saat sebelum berlepas.
Menurut bomba, api kemudian merebak ke badan pesawat, tetapi semua 176 orang yang berada di dalam pesawat berjaya dibawa keluar dengan menggunakan gelongsor kecemasan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.
|