CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12139|Reply: 0

Punca kebakaran dahsyat di LA masih belum diketahui

[Copy link]
Post time 29-1-2025 08:15 AM | Show all posts |Read mode

Pemandangan udara rumah yang musnah dalam Kebakaran Palisades pada 27 Januari 2025 di Pacific Palisades, California. FOTO Mario Tama/Getty Images/AFP

Berlin: Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, menurut agensi berita Jerman dpa.

Seorang mangsa meninggal dunia di hospital hujung minggu lalu akibat kebakaran "Palisades" di pinggir barat Los Angeles, umum pejabat koroner pada malam Isnin.

Semua penduduk di daerah Pacific Palisades dibenarkan memasuki hartanah mereka buat kali pertama pada Isnin, selepas Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass mengumumkannya di platform X.

Los Angeles Times melaporkan hujan dan salji yang dinanti-nantikan telah turun di kawasan pergunungan.

Ahli meteorologi Ryan Kittell memberitahu akhbar tersebut bahawa walaupun hujan yang turun tidak mencukupi untuk menamatkan musim kebakaran, ia "pasti memberikan kelegaan sementara" dalam situasi sekarang.

Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di kawasan itu kerana tanah kering tidak dapat menyerap air selepas tempoh kemarau yang panjang.



Media melaporkan beberapa jalan ditutup pada Isnin akibat banjir dan tanah runtuh, namun hujan paling lebat berlaku di kawasan laut.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran Palisades kini 95 peratus terkawal, manakala kebakaran Eaton, berhampiran bandar Pasadena, sudah 99 peratus terkawal.

Kedua-dua kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi sejak awal Januari.

Punca kebakaran masih belum diketahui.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037962 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list