CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12912|Reply: 0

Penuntut datang dari 39 negara

[Copy link]
Post time 29-1-2025 08:19 AM | Show all posts |Read mode

SUMBANGAN kotak makanan kering dan barangan kebersihan disalurkan kepada pusat pengajian tinggi Maahad Al Furqan oleh MCM dan NGO lain, semalam.

Damsyik: "Ketika bekas Presiden Bashar Al-Assad berkuasa, beliau melarang kemasukan dan pendaftaran penuntut warga asing ke pusat pengajian agama di sini kerana bimbang penuntut asing akan membawa elemen subversif," kata mudir pusat pengajian Islam Maahad Al Furqan, Syeikh Ziyad Biraqdar.

Menurutnya, walaupun mendapat halangan, pusat pendidikan Islam tersohor di negara itu tetap menjadi pilihan ratusan penuntut dari 39 negara di seluruh dunia.

"Kini kami warga pendidik tidak perlu lagi bimbang terhadap tekanan diberikan bekas Presiden Syria itu selepas kerajaannya ditumbangkan Disember lalu.

"Buat masa ini mahaad ini memiliki 1,700 penuntut dan 300 kakitangan serta guru bertugas. Malah, kami memiliki enam cawangan pusat pendidikan di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pusat pendidikan itu yang beroperasi sejak 60 tahun lalu melahirkan ramai cendekiawan dan ulama tersohor.



"Sebelum ini, polis perisik Presiden Bashar sentiasa mengintip dan berkeliaran sekitar luar mahaad ini berikutan bimbang ia menjadi lokasi penyebaran elemen penentangan," katanya yang sudah 46 tahun menjadi tenaga pengajar di pusat pendidikan terkemuka di Syria itu.

Sementara itu, Muslim Care Malaysia (MCM) dibantu badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Cinta Gaza (CGM), Surau Al Muhsinin Petronas menyalurkan 870 kotak pelbagai makanan kering dan barangan kebersihan kepada pusat pendidikan berkenaan.

Presiden MCM Zulkifli Wahijan berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban penuntut dan warga pendidik pusat pengajian berkenaan pasca tamatnya perang di Syria.

Menurutnya, sumbangan hasil kutipan kempen misi Malaysia AIDS2SYIRIA dilancarkan sejak 4 Januari lalu tidak hanya menyantuni golongan miskin dan pelarian, malah turut disalurkan kepada warga pendidik yang menyebarkan dakwah.

"Setakat ini sudah 5,000 kotak makanan, barangan keperluan kebersihan dan baju musim sejuk berjaya diagihkan kepada penduduk Syria di lapan lokasi terpilih sejak misi bermula 21 Januari lalu," katanya.

Difahamkan, Maahad Al Furqan terletak kurang 100 meter dari kediaman peribadi Bashar di Jalan A-Mastabeh di sin


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.034945 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list