CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7813|Reply: 0

[Sarawak] Amaran hujan berterusan, sangat lebat tahap bahaya di Sarawak

[Copy link]
Post time 29-1-2025 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Jabatan Mereorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya dengan hujan berterusan dan sangat lebat diramal berlaku di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Jumaat ini (31 Januari 2025).

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 8 pagi hari ini memaklumkan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

Manakala bagi amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka kawasan-kawasan lain di Sarawak iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei  (Pakan, sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).

Hujan lebat berterusan turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah (Ranau dan Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaaran cuaca peringkat waspada dengan hujan berterusan dijangka berlaku di Pedalaman Sabah (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Patutan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tauran), Tawau (Lahad Datu) juga Sandakan (Tongod).




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list