KUNJUNGAN: Hajiji menyampaikan cendera kenangan kepada Elmariah sempena kunjungan hormat, pada Isnin.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini, semalam.
Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi itu pada awal bulan Januari 2025. Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang.
Dalam kunjungan hormat itu, turut dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih berkesan.
Turut hadir, Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan serta Penolong Pengarah Pengurusan dan Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi Tajudin.
|