CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7016|Reply: 0

Tak nak manjakan- bapa suruh anak naik MRT dan bas, tak boleh pakai e-hailing

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Dalam perkongsian tular di Facebook, Mohd Zulkifli Shafie berkata salah satu caranya ialah dia mendidik anaknya untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding e-hailing.

Jelas si bapa, walaupun mampu membayar tambang e-hailing yang lebih mahal buat dua anaknya, namun dia mahu mereka belajar bersusah-payah sejak usia muda.



"Anak saya nak ke Balai Seni di Kuala Lumpur. Dia nak siapkan tugasan universiti. Tambang e-hailing sehala RM90, belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.

"Saya suruh dia naik MRT dan bas. Dia keluar berdua, adik lelaki jadi bodyguard, tak habis RM20. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.

"Walaupun mampu untuk benarkan naik e-hailing, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa lain yang ibu bapa mereka tak mampu sediakan segalanya," tulisnya.

Menurut Mohd Zulkifli, didikan sejak usia muda itu penting bagi membolehkan mereka bersedia dengan dugaan hidup pada masa depan.

Tambahnya, hari ini dia masih mampu memberi kesenangan, namun kehidupan mereka mungkin berubah 360 darjah apabila dewasa kelak.

"Dia pun kena belajar susah. Apabila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi jika kesulitan sebenar tu datang.

"Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa... insya-Allah.

"Tapi masa depan dia belum pasti. Dia kena belajar rasa susah macam mahasiswa lain supaya lebih mudah bina kejayaan sendiri," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Mohd Zulkifli kerana mendidik anak-anaknya dengan cara orang dulu-dulu.

"Setuju sangat, kena belajar rasa susah supaya boleh jadi lebih kuat.

"Sememangnya beginilah cara mendidik anak-anak. Ajar anak-anak cara bagaimana hidup susah.

"Terbaik, biar ada rasa susah agar berjiwa kental, tak jadi generasi strawberi," tulis netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.276404 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list