CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7799|Reply: 1

[Dunia] Pemandu tertimbus lumpur dan pasir, lori ‘ditelan' sinkhole tengah bandar

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah lori bersama pemandunya ‘ditelan' lubang benam (sinkhole), dalam kejadian pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, operasi giat dijalankan bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap selama lebih lapan jam.

Lubang benam berukuran kira-kira 20 kaki (6 meter) dalam dan 32 kaki (9.75 meter) lebar itu muncul secara tiba-tiba sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan).

Kejadian berlaku di bandar Yashio, Jepun.



Pihak berkuasa percaya kejadian ini berpunca daripada keretakan pada saluran pembetungan di Lembangan Sungai Nakagawa.

Menurut laporan Nippon TV, pemandu lori itu tidak dapat keluar kerana tempat duduknya dipenuhi lumpur dan pasir.

Pasukan penyelamat memastikan mangsa mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dengan mengepam udara ke dalam lubang.

Rakaman udara menunjukkan sekurang-kurangnya 12 jentera bomba berada di lokasi kejadian yang terletak di utara ibu negara Tokyo.

Pihak polis memaklumkan bahawa pemandu masih sedar dan sempat berkomunikasi dengan pasukan penyelamat pada awal hari kejadian.

Bagaimanapun, laporan terkini menyatakan pasukan penyelamat kini gagal berkomunikasi dengan mangsa.

Dalam pada itu, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Lubang benam ini muncul di kawasan jalan yang dipenuhi restoran serta perniagaan tempatan, kurang satu kilometer dari Dewan Bandaraya Yashio.

Insiden ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai keadaan infrastruktur di kawasan tersebut.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri wei..  Sini pon kerap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.245894 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list