View: 9165|Reply: 2
|
Lelaki pelik GF hanya reply mesej waktu pejabat, lepas kerja terus ghaib
[Copy link]
|
|
Lelaki atau perempuan bujang pasti menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati.
Bagaimanapun, ramai mengeluh tentang kesukaran mencari jodoh walaupun dunia semakin canggih dengan pelbagai kemudahan yang membolehkan pasangan dicari tanpa halangan atau sempadan.
Selain itu, pengalaman dan kisah suka duka percintaan yang dikongsikan di media sosial pula membolehkan individu bujang lebih berhati-hati dalam berkawan seterusnya mengambil iktibar.
Seorang pemuda yang sedang dalam fasa mengenali hati budi kekasihnya membuat satu hantaran, meluahkan rasa pelik dengan sikap wanita itu.
Menurutnya, wanita berkenaan akan berbalas mesej dengannya secara normal apabila berada di pejabat namun terus menyepi selepas waktu kerja.
Mesej yang dihantar pada sebelah malam akan dibalas oleh wanita berkenaan pada keesokan hari, sama ada di tempat kerja atau dalam perjalanan ke pejabat.
“Nak tanya, kenapa ada perempuan boleh chat normal bila di tempat kerja.
“Habis kerja terus hilang sampai keesokan hari kembali ke tempat kerja atau otw (on the way) pergi kerja.
“Aku bercinta dengan manusia atau 'hantu tetek' ya? Malam je hilang,” luah lelaki itu.
Pemuda itu berkata, dia menganggap sikap kenalannya itu sebagai tidak normal dan ingin mendapatkan pandangan wanita lain.
Dalam pada itu dia turut mendedahkan perah berdepan masalah sama ketika berkawan dengan wanita lain dan percubaannya berbincang gagal sehingga mereka akhirnya putus.
“Sebenarnya tak sempat malam. Habis kerja ghaib. Pernah juga kenal macam ni, cakap benda yang perlu. Kemudian lama-lama hilang.
“Pernah juga berbincang, tapi tak dapat penjelasan. Rasanya cukup disakiti, macam nak undur diri,” ujarnya lanjut.
Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya terutama wanita yang mendakwa kenalannya itu berkemungkinan berstatus isteri atau kekasih orang.
Ada juga yang berseloroh menyatakan kenalan wanitanya menggunakan telefon bimbit miliki pejabat dan perlu dipulangkan kepada majikan.
“Lebih baik angkat kaki dari perempuan macam ni. Buang masa, minda dan hati dah beritahu nak bertahan demi sayang, kau tempat dia main-main.
“Rasa bukan isteri orang tapi GF orang kot.
“Dia guna telefon pejabat, tak boleh bawa balik telefon tu.
“Kau bercinta dengan bini orang. Aku zaman bercinta 24 jam 'sasau' cari suami aku.
“OK, saya beritahu, pasti awak kena scam. GF awak bini orang. Thanks me later,” antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Altheas replied at 31-1-2025 11:01 PM
Dia dah bersuami le tu
Benda mudah gitu pon x boleh nak tangkap kan… kena byk belajar pasal manusia lagi budak ni. Mcm senang je kena tipu |
|
|
|
|
|
|
| |
|