CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26502|Reply: 0

[Sabah] Jadikan sambutan Tahun Baharu Cina simbol perpaduan masyarakat majmuk

[Copy link]
Post time 29-1-2025 09:52 PM | Show all posts |Read mode


SAMASUDDIN

TAWAU: Sambutan Tahun Baharu Cina perlu dijadikan sebagai simbol perpaduan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu di negara ini.     

Terdahulu, Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Yusop mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di seluruh negara.

Samasuddin berkata, Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan, tetapi juga lambang persahabatan, saling menghormati, dan semangat kekeluargaan yang dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, semua rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu mengukuhkan dan menunjukkan semangat perpaduan dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Marilah bersama-sama menyemai nilai-nilai murni, bertolak ansur, dan bekerjasama demi kemajuan negara yang kita cintai.

“Perayaan yang diraikan dengan penuh meriah ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada komuniti Tionghua tetapi juga mengeratkan hubungan antara semua kaum,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, semua masyarakat Tionghua di negeri ini terutamanya di Kalabakan diharapkan dapat meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh kegembiraan bersama keluarga masing-masing.

“Jadikan sambutan ini sebagai masa berkualiti untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga dan sahabat handai dengan amalan berkunjung ataupun rumah terbuka.

“Saya juga berharap semua masyarakat yang balik ke kampung halaman supaya memandu dengan cermat memandangkan cuaca ketika ini tidak menentu dan banyak kawasan mengalami banjir kilat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.076467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list