CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17781|Reply: 0

[Johor] 3 hari hilang, Mohammad Rayyan ditemui terapung di Sungai Johor

[Copy link]
Post time 30-1-2025 07:55 AM | Show all posts |Read mode


Kota Tinggi: Selepas tiga hari hilang, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang jatuh dalam longkang dekat Taman Kota Jaya di sini, akhirnya ditemui, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mayat mangsa ditemui pada 10.20 pagi, kira-kira dua jam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga diteruskan.

"Hasil pemantauan yang dijalankan oleh pasukan SAR dengan menyusuri Sungai Johor menggunakan bot, telah menjumpai mayat dipercayai seorang kanak-kanak lengkap berpakaian, yang terapung di atas permukaan air," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, waris kemudian membuat pengecaman terhadap mayat dan mengesahkan kanak-kanak yang dilapor hilang pada Isnin lalu.

Katanya, mayat kemudian dibawa ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Kelmarin, Yusof dilaporkan berkata, kanak-kanak lelaki dikenali Mohammad Rayyan AlifMohd Sharif, 9, dipercayai jatuh longkang yang dalam dan berarus ketika bermain di kawasan itu ketika hujan, kira-kira jam 3 petang.

SAR kemudian digerakkan membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list