CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18855|Reply: 0

Kebakaran pusat peranginan ski, 28 ditahan

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode


Ankara: Seramai 28 individu ditahan berhubung kebakaran di pusat peranginan ski di Turkiye yang mengorbankan 78 orang, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.

Erdogan berkata, pihak pengurusan pusat peranginan itu tidak mengambil kira risiko kebakaran, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kami telah dan sedang melakukan segala yang perlu untuk membuatkan rakyat kami berasa bahawa mereka tidak bersendirian dalam hari-hari yang sukar ini.

"Kami telah memastikan siasatan kehakiman yang diperlukan dimulakan bagi menyiasat sepenuhnya tragedi ini dan membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Lapan ketua pemeriksa sedang menjalankan siasatan menyeluruh.

"Dalam fasa pertama, sembilan orang telah ditahan. Apabila keterangan diambil, siasatan diperluaskan. Jumlah yang ditahan meningkat kepada 28 orang. Daripada jumlah itu, 19 individu termasuk pemilik hotel dan pengurus kes telah ditahan. Keputusan kawalan kehakiman telah diambil terhadap tujuh individu," kata Erdogan dalam ucapannya di parlimen.

Menurut siasatan, pihak pengurusan hotel gagal mengambil kira risiko kebakaran dan tidak membuat persiapan awal untuk menghadapinya, tambah Erdogan.

Pada malam 21 Jan, kebakaran memusnahkan bangunan Grand Kartal Hotel di pusat peranginan ski Kartalkaya, wilayah Bolu yang mengakibatkan 78 kematian.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, beberapa pegawai wilayah telah ditahan, termasuk pemilik hotel yang meletakkan semua tanggungjawab atas tragedi itu kepada kakitangan, menyalahkan cef, juruelektrik dan pengawal keselamatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.033379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list