CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19241|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di Sarawak: 32 PPS dibuka, tempatkan 1,823 mangsa

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2025 12:04 AM



Gambar-gambar sekitar operasi memindahkan mangsa ke PPS-gambar oleh JPBNS.
KUCHING: Sebanyak 32 Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri bagi menempatkan mangsa-mangsa bencana banjir setakat jam 4.30 petang hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata di Serian merekodkan jumlah paling banyak iaitu 15 PPS, diikuti Bintulu (5); Kota Samarahan dan Miri masing-masing (4); Kuching (3) dan Sibu (2).

Menurutnya, keseluruhan PPS tersebut kini menempatkan seramai 1,823 orang daripada kira-kira 522 keluarga.

Berikut adalah senarai PPS yang dibuka di Serian, PPS Dewan Balu Gambang Tebakang Bidayuh, PPS Dewan SK Tebakang,PPS Slabi Entukuh, PPS Balairaya Betong Kanowit, PPS SK Pengkalan Sorak, PPS Dewan Kpg Lintang Baru, PPS Dewan Masyarakat Serian, PPS SK Tanah Merah, Dewan Serbaguna Rimba Padi, Dewan Rancan Balai Raya Kampung Balai Ringin, Balai Raya Kampung EnsebangJaya, Balai Raya Ensebang Padang Bilon, PPS Dewan Salcra Kedup 2 dan PPS Dewan Balu Jan Jun.


Gambar-gambar sekitar operasi memindahkan mangsa ke PPS-gambar oleh JPBNS.

Di Bintulu, PPS Rh Steven Ak Jeli, Tatau, PPS Pusat Sukan BDA Kidurong, PPS Balai Raya Jepak, PPS SMK Tatau dan PPS Stadium Muhibah.

Di Kota Samarahan, PPS Dewan Mesa Simunjan, PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, PPS SK Endap Samarahan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka.

Di Miri PPS Pusat Bulan Sabit Merah, Kampung Pujut Tanjung Batu Miri, PPS Kampung Sukan Petronas, PPS SMK Suai.

Manakala di Kuching pula ialah PPS SJK (c) Chung Hua Batu Kawa, PPS Dewan Pangkalan Bau serta PPS Dewan Serbaguna Kampung Kranji.


Gambar-gambar sekitar operasi memindahkan mangsa ke PPS-gambar oleh JPBNS.

Terdapat dua PPS dibuka di bahagian Sibu iaitu di PPS Dewan Penghulu Seribu Nanga Tada Kanowit dan SK Bukit Arip, Selangau.

Selain itu, terdapat dua lagi PPS dibuka di Miri iaitu di Pusat Bulan Sabit Merah bagi menempatkan mangsa bencana tanah runtuh dan satu lagi di Dewan Datuk Aaron Bawan Kanowit di Sibu bagi menempatkan mangsa kebakaran.

Setakat berita ini ditulis, difahamkan proses pemindahan kesemua mangsa berjalan lancar.


Gambar-gambar sekitar operasi memindahkan mangsa ke PPS-gambar oleh JPBNS.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.342291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list