CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20142|Reply: 0

18 maut dalam nahas pesawat di Selatan Sudan

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:11 AM | Show all posts |Read mode

Serpihan pesawat yang terhempas, yang mengorbankan kira-kira 18 orang ketika menuju ke ibu negara Juba, di lapangan terbang Kawasan Minyak Unity, Unity State, Sudan Selatan, 29 Januari 2025. FOTO REUTERS

Moscow: Sebuah pesawat yang membawa 21 penumpang terhempas di Selatan Sudan pada Rabu, mengorbankan 18 orang termasuk dua juruterbang, manakala tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik South Sudan Eagles Media.

"Pesawat yang membawa 21 penumpang, termasuk juruterbang, terhempas ketika berlepas dari Kawasan Minyak Unity, mengorbankan 18 nyawa dan mencederakan tiga yang lain. Juruterbang dan pembantu juruterbang turut terkorban," menurut South Sudan Eagles Media dalam hantaran di platform X.

Antara penumpang ialah 16 warga Selatan Sudan, dua warga China dan seorang rakyat India, lapor stesen penyiaran Eye Radio yang memetik pelbagai sumber.

Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.

Menurut saksi, pesawat itu berlepas dari telaga minyak berkenaan sebelum sayapnya patah, menyebabkan ia terhempas 10 minit kemudian.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list